Harian Metro

Panggil bomba pecah mangga

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Wanita nekad bunuh diri selepas gaduh dengan suami

Nekad cuba bunuh diri selepas bergaduh dengan suami. Itu tindakan nekad seorang wanita warga Vietnam yang sempat diselamatk­an anggota bomba dan penyelamat.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, anggota bomba terpaksa memotong mangga pada jeriji besi rumah wanita terbabit di sebuah kondominiu­m di Taman Pandan Mewah di sini.

Mangsa berusia 33 tahun sebelum itu dikatakan mengunci diri di dalam rumah selepas berlaku pergaduhan dengan suami menyebabka­n jiran menghubung­i pihak berkuasa.

Penolong

Pengarah

Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 petang.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba bertugas mendapati pintu pagar besi rumah itu berkunci. Mereka terpaksa memotong mangga pagar besi dan membuka tombol pintu rumah berkenaan selepas wanita itu tidak mahu membuka pintu,” katanya.

Mohd Rizal berkata, hasil pemeriksaa­n menemui seorang wanita warga Vietnam di atas katil di sebuah bilik rumah terbabit dalam keadaan mabuk dengan luka kecil pada jarinya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA
bomba memotong mangga pada pagar besi
rumah di Taman Pandan Mewah, Ampang, semalam.
ANGGOTA bomba memotong mangga pada pagar besi rumah di Taman Pandan Mewah, Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia