Harian Metro

Budak nyaris diculik dua lelaki bertopeng

-

Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meloncat masuk ke dalam bas berjaya menyelamat­kan dia diculik dua lelaki bertopeng.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, mangsa mendakwa cuba diculik dua lelaki menaiki kereta Perodua Kelisa ketika dia berada di hentian bas Sungai Mulia, Jalan Gombak di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Noor Azmi Yusoff berkata, mangsa mendakwa suspek memandang ke arahnya cuba membuka pintu kereta menyebabka­n mangsa cemas dan masuk ke dalam sebuah bas yang baru tiba di kawasan itu.

“Ketika pemandu bas yang dimasuki kanak-kanak itu beredar dari lokasi, kereta Perodua Kelisa berkenaan masih tidak berganjak. Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian ini.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan selain tidak disentuh secara fizikal oleh suspek. Bagaimanap­un, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

“Ibu mangsa berusia 34 tahun menerima panggilan telefon daripada orang awam jam 3 petang kelmarin memaklumka­n anaknya cuba diculik dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta berwarna kelabu.

“Kanak-kanak itu mendakwa ketika kejadian, dia baru pulang dari sekolah dengan menaiki sebuah bas dan bersendiri­an ketika turun dari kenderaan itu di hentian bas Sungai Mulia.

Menurutnya, polis masih menjalanka­n siasatan berhubung laporan mangsa cuba diculik.

“Laporan polis berhubung kejadian dibuat seorang pemandu bas yang berada di lokasi kejadian sebelum viral di media sosial sejak malam kelmarin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia