Harian Metro

HABIS DIJUAL LEBIH AWAL

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

„ Langkah Gamuda Land ke Singapura melalui projek Gem Residences terbukti berhasil

Penerokaan pertama Gamuda Land ke Singapura dilihat membuahkan hasil apabila projek Gem Residences yang terletak di Toa Payoh habis dijual lebih awal sebelum penyerahan yang dijadualka­n pada akhir 2019.

Ketua Eksekutifn­ya Ngan Chee Meng berkata, jualan 100 peratus itu disumbangk­an oleh faktor prinsip pembanguna­n yang kukuh dalam menghidupk­an lokasi yang dipilih.

Katanya, Gamuda Land komited dalam tempat yang boleh dipanggil rumah dan menarik minat pembeli untuk menjadi sebahagian daripadany­a, membesar dan menghabisk­an masa tua mereka.

“Kami berjaya mendapat peluang untuk mengembang­kan operasi di Singapura sejak 2015 menerusi pengambila­lihan hampir 1.21 hektar tanah dengan nilai S$345.86 juta.

“Toa Payoh adalah bandar satelit pertama di Singapura sejak 1964 dan ia hanya memerlukan pemanduan selama 14 minit dari kawasan perniagaan utama.

“Ia adalah satu daripada projek asing yang amat disifatkan ‘bercita-cita tinggi’ semasa kami memasuki pasaran hartanah yang amat mencabar dan berdepan dengan persaingan sengit daripada pemaju hartanah lain di Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, kejayaan jualan 100 peratus Gem Residences adalah amat memuaskan hati.

“Apabila pihak lain mengambil langkah berhati-hati dan melaksanak­an pendekatan tunggu dan lihat, kami mengambil langkah yang melawan arus dengan mendekati pasaran Singapura dan memberi tumpuan dalam menjayakan pembanguna­n kami.

“Dilancarka­n pada 2016, kondominiu­m peribadi dengan pensijilan Lambang Hijau ini mempunyai nilai pembanguna­n kasar sebanyak S$690 juta.

“Ia terletak di persimpang­an Lorong 6 dan Lorong 4. Pembanguna­n dua blok menara itu menawarkan 578 unit kondominiu­m dengan binaan daripada 425 hingga 2,045 kaki persegi.

“Harga jualan bermula daripada S$570,500 hingga S$2.1 juta. Gem Residences adalah kondominiu­m pertama di Singapura yang menawarkan kelab gaya hidup,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan rekaan unik yang memuaskan di samping perancanga­n rekaan dan harga yang berpatutan, pihaknya yakin pembanguna­n berkenaan akan berjaya.

“Kami bangga kerana ia habis dijual walaupun pasaran hartanah dilanda kelembapan pada masa ini.

“Gamuda Land akan terus memainkan peranan kami dalam pasaran hartanah Singapura dan akan membawakan lebih banyak pembanguna­n berkualiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia