Harian Metro

Vivo V11, Vivo V11i futuristik

-

VIVO Malaysia memperkena­lkan model utama telefon pintar terbarunya, Vivo V11 dan V11i yang digandingk­an dengan kamera kecerdasan buatan (AI) bagi gambar lebih tepat dan reka bentuk futuristik.

V11 boleh didapati pada harga RM1,699 manakala V11i pula RM1,299.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mike Xu berkata, pengenalan model terbaru itu adalah tambahan kepada rangkaian telefon pintar Vivo bagi siri V yang boleh didapati bermula 15 September ini bagi V11 dan 21 September untuk V11i di seluruh negara.

Beliau berkata, dengan skrin paparan penuh

dua model itu didatangka­n dengan pilihan warna fusion hitam dan biru,

dan gabungan biru dan ungu serta diperincik­an dengan sisi melengkung yang memberi keselesaan pengguna.

“Menawarkan produk penuh inovasi kepada pelanggan adalah keutamaan kami dan dengan pelancaran dua model ini, kami memberikan sentuhan lebih peribadi kepada pengguna Vivo.

“Dua model ini menawarkan kualiti kamera AI luar biasa dan teknologi sentuhan cap jari kali pertama diperkenal­kan dalam siri V ini.

“Kami yakin menjadi peneraju inovasi bagi pengalaman penggunaan telefon pintar kepada pengguna,” katanya pada majlis pelancaran V11 dan V11i, semalam.

Selari dengan permintaan pengguna yang berminat dengan fotografi dalam telefon pintar Vivo, model baru V11 mempunyai dual kamera AI dengan 12 megapiksel (MP) dan 5MP dengan apertur sebesar f/1.8 serta kamera depan dengan 25MP.

Lebih menarik, kamera V11 dikuasakan dengan Pengesan Dual Piksel dengan 24 juta unit fotosensit­if bagi cahaya sensitif serta teknologi auto fokus dengan standard DSLR.

Xu berkata, bagi mereka yang gemarkan aktiviti swafoto V11 juga mempunyai teknologi Bentuk Muka AI yang menambahba­ik ciri muka serta memberikan hasil terbaik dan sempurna.

Selain itu, katanya, ia didatangka­n dengan sokongan telefon pintar iaitu Jovi dengan ciri

dan

Kedua-dua model itu juga mempunyai storan dalaman sehingga 128GB dan pemprosesa­n Qualcomm bagi V11 serta MediaTek (V11i).

 ??  ?? MODEL menunjukka­n dua model telefon pintar VIVO V11 dan VIVO V11i yang dilancarka­n, semalam.
MODEL menunjukka­n dua model telefon pintar VIVO V11 dan VIVO V11i yang dilancarka­n, semalam.
 ??  ?? XU
XU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia