Harian Metro

BREXIT SUSAHKAN RAKYAT BRITAIN

„ Sekatan perjalanan, perlu lesen dan permit memandu baharu, harga rumah jatuh, penganggur­an meningkat

- Agensi

>>Britain juga tidak lagi akan mendapat data serpihan satelit serta meteor yang bakal jatuh

Jika persetujua­n antara Britain dengan Kesatuan Eropah (EU) tidak dicapai menjelang pertengaha­n November depan, rakyat negara itu akan menghadapi banyak masalah birokasi, termasuk aspek imigresen, lesen memandu selain kejatuhan nilai hartanah serta peningkata­n penganggur­an.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Theresa May kelmarin, menggarisk­an kesan dan masalah bakal dihadapi dalam dokumen 28 muka surat selepas mesyuarat khas Kabinet, kelmarin, memberi kebenaran kepada May untuk tidak menerima syarat EU.

Britain akan keluar dari EU secara rasmi Mac tahun depan.

Daily Mail melaporkan, tanpa persetujua­n, termasuk kerjasama imigresen dan pemanduan itu, rakyat Britain perlu membayar permit antarabang­sa sebanyak £5.50 untuk menggunaka­n kereta mereka di negara EU.

Rakyat Britain yang tinggal atau bekerja di negara EU perlu memiliki lesen memandu negara terbabit dan mungkin perlu menduduki ujian memandu sekali lagi.

Namun permit itu hanya akan mula dikeluarka­n Februari tahun depan, menimbulka­n kebimbanga­n kesesakan dan kekecohan apabila jutaan orang memohonnya pada saat-saat akhir sebelum Mac.

Mereka juga perlu memperbaha­rui pasport jika tarikh tamat tempohnya kurang enam bulan untuk memasuki negara EU yang pastinya menyusahka­n pelancong serta ahli perniagaan.

Rakyat Britain tidak lagi boleh menggunaka­n pasport EU dan negara itu akan mengeluark­an pasport sendiri berwarna biru tetapi hanya pada hujung 2019.

Mereka juga berkemungk­inan dikenakan bayaran tambahan perayauan antarabang­sa untuk telefon bimbit.

Britain juga tidak lagi akan mendapat data serpihan satelit serta meteor yang bakal jatuh menyebabka­n ia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat. Guardian melaporkan, Gabenor Bank of England, Mark Carney, memberitah­u mesyuarat Kabinet itu, harga rumah berkemungk­inan jatuh sehingga antara 25 hingga 30 peratus selama tiga tahun selepas Britain keluar dari EU.

Beliau memberi amaran berkemungk­inan berlaku kemeleseta­n ekonomi di Britain seperti krisis kewangan 2008 dan kadar penganggur­an akan meningkat kepada dua digit peratusan.

 ??  ?? pasport baharu bagi memperkena­lkan
BRITAIN akan itu keluar
EU selepas negara menggantik­an pasport
2019. - Agensi dari EU pada Mac
pasport baharu bagi memperkena­lkan BRITAIN akan itu keluar EU selepas negara menggantik­an pasport 2019. - Agensi dari EU pada Mac

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia