Harian Metro

China dakwa etnik Islam ‘dididik’ bukan dipenjara

-

Beijing: China menafikan memberi layanan buruk kepada penduduk Islam di Xinjiang, kususnya etnik Uighur, sebaliknya mendakwa mendidik sebahagian mereka menerusi latihan untuk mengelak penularan ekstremism­e.

Pegawai China menyifatka­n langkah itu lebih baik berbanding Eropah yang gagal menangani masalah itu.

Laporan penahanan beramai-ramai etnik Uighur dan etnik Islam lain di wilayah barat China itu mengundang kebimbanga­n antarabang­sa, menyebabka­n Amerika Syarikat mempertimb­angkan melaksanak­an sekatan terhadap pegawai dan syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan penderaan hak asasi manusia.

“Ia bukan layanan buruk. Ia mungkin bukan jalan terbaik tetapi ia cara terbaik menangani ekstremism­e Islam atau agama lain kerana Barat gagal berbuat demikian terhadap militan Islam.

“Lihat Belgium, Paris dan beberapa negara Eropah lain. Anda gagal,” kata pengarah publisiti Biro Hal Ehwal Hak Asasi Manusia di Pejabat Penerangan Majlis Negara China, Li Xiaojun.

Beliau mendakwa China menubuhkan pusat pendidikan, bukan pusat tahanan atau kem pembelajar­an semula seperti kem tahanan Gulag di Soviet Union ketika Perang Dingin.

“Bagi menjelaska­n, ia umpama latihan vokasional, seperti anak ke sekolah latihan vokasional untuk mendapatka­n kemahiran lebih baik dan kerja yang bagus selepas tamat belajar.

“Namun pusat latihan dan pendidikan ini cuma menerima pelatih untuk jangka pendek, sebahagian­nya hanya lima hari, ada tujuh hari, 10 hari, sebulan atau dua bulan,” katanya. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR yang disiarkan kerajaan China di media sosial pada April 2017 menunjukka­n etnik Islam yang ditahan untuk ‘pendidikan semula’ di daerah Hotan. - Fail (HRW)
GAMBAR yang disiarkan kerajaan China di media sosial pada April 2017 menunjukka­n etnik Islam yang ditahan untuk ‘pendidikan semula’ di daerah Hotan. - Fail (HRW)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia