Harian Metro

Pecat dua bintang K-pop bercinta SEPERTI KENA BOM

- Agensi

Seoul: Dua bintang pop Korea Selatan, HyunA dan E’Dawn, dipecat daripada syarikat pengurusan mereka, Cube Entertainm­ent selepas mengisytih­arkan hubungan cinta mereka secara terbuka.

Pertelingk­ahan dua penghibur itu dengan syarikat pengurusan mereka, membuka mata terhadap dunia bintang K-pop yang dikawal ketat, melalui latihan terancang pada usia muda oleh syarikat yang membantu mereka menjadi bintang terkenal dunia.

Klausa ‘dilarang berjanji temu’ perkara biasa dalam kontrak bintang muda K-pop kerana hubungan terbuka menjejaska­n tarikan dan kerjaya bintang mereka.

HyunA, 26, seorang daripada bintang wanita terkenal dan E’Dawn, 24, penyanyi rap kumpulan lelaki kecil, namun memiliki pangkalan peminat global, mengambil langkah luar biasa secara terbuka mendedahka­n hubungan mereka bulan lalu, bertentang­an dengan penafian awal oleh Cube. - NYT

Seorang remaja maut dan 12 orang cedera selepas masalah saluran gas mengakibat­kan puluhan letupan serta kebakaran di tiga kejiranan di Boston.

Reuters melaporkan, kira-kira 8,000 orang hilang tempat tinggal selepas letupan itu memusnahka­n puluhan rumah dan bangunan di Andover, Andover Utara dan Lawrence.

Bomba berkejar ke beberapa kebakaran selama beberapa jam, manakala kakitangan utiliti bergegas memadamkan bekalan gas dan elektrik untuk mengelak kejadian berlarutan.

Daily Mail memetik ketua bomba Andover, Michael Mansfield menyifatka­n keadaan ‘seperti kiamat’ dengan kediaman yang musnah, selain asap tebal menutup langit.

Katanya, pihaknya mengesyaki tekanan berlebihan terhadap saluran gas utama milik Columbia Gas of Massachuse­tts mengakibat­kan letupan.

Sementara itu, Leonel Rondon, 18, maut apabila letupan mengakibat­kan cerobong sebuah rumah menghempap keretanya, kata jurucakap Hospital Umum Massachuse­tts.

Hospital Umum Lawrence

„ Remaja maut, ribuan orang dipindahka­n selepas letupan saluran musnahkan

puluhan kediaman

melaporkan 13 orang dirawat untuk pelbagai kecederaan termasuk akibat terhidu asap dan trauma.

Antara mangsa yang dirawat termasuk seorang wanita yang terperangk­ap dalam rumahnya ketika letupan berlaku.

Menurut laporan, bomba dari 50 balai berbeza dikerahkan memadam api.

Penduduk di kejiranan berhampira­n yang mengadu terhidu bau gas turut dipindahka­n, kata polis.

Pada masa sama, anggota bomba dan pekerja utiliti membuat pemeriksaa­n rumah ke rumah untuk memastikan keadaan selamat.

Sementara itu, Datuk Bandar Lawrence Selatan, Daniel Rivera menggesa penduduk supaya tidak pulang ke rumah.

 ??  ?? RONDON maut selepas keretanya dihempap cerobong rumah ketika letupan. Gambar
kecil, Rondon. - Daily Mail
RONDON maut selepas keretanya dihempap cerobong rumah ketika letupan. Gambar kecil, Rondon. - Daily Mail
 ??  ?? E’DAWN
E’DAWN
 ??  ?? HYUNA
HYUNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia