Harian Metro

TRIO SEMPAT TIBA

- Agensi

„ Klopp lega tonggak samba Reds kembali perkuat pasukan jumpa Spurs

Liverpool

Liverpool mendapat tonik terbaik selepas jet peribadi yang diatur menyeberan­gi Laut Atlantik memastikan tiga bintang Brazil tiba tepat pada masanya untuk pertembung­an tumpuan berdepan Tottenham Hotspur malam ini.

Situasi itu berjaya meyakinkan pengurus, Jurgen Klopp untuk menurunkan penyerang Roberto Firmino dan Alisson (penjaga gol) bagi aksi di Wembley itu dengan Fabinho dijangka berada dalam senarai bangku simpanan.

Awalnya, wujud kebimbanga­n trio Reds itu terpaksa dipinggirk­an kerana mereka bergegas dengan komitmen antarabang­sa di Amerika Syarikat.

Dengan kemenangan 5-0 Brazil ke atas El Salvador berlangsun­g pada sebelah petang waktu Washington DC, ketiga-tiga pemain terbabit dijangka tiba lewat di sini yang mana bukan saja mereka akan terlepas sesi latihan kelmarin, malah kemungkina­n sesi latihan penuh semalam.

Namun, Liverpool bernasib baik apabila jet peribadi dinaiki ketiga-tiga pemainnya itu diberi kelulusan berlepas awal daripada sepatutnya, sekali gus bermakna bintang samba itu kembali awal di pusat latihan Melwood dan sempat menyertai latihan bersama pasukan.

Malah, Firmino, Alisson dan Fabinho yang bebas daripada sebarang kecederaan sempat mengambil bahagian penuh dalam latihan semalam sebelum the Reds bertolak ke London.

Ia sekali gus meredakan kebimbanga­n buat peminat Liverpool selepas Klopp pernah menegaskan bahawa beliau tidak akan membawa pemain yang tidak menyertai latihan bersama pasukan sebelum hari perlawanan.

Skuad Reds masih belum mencapai prestasi terbaik mereka musim ini, namun kemenangan empat perlawanan pertama meletakkan mereka di depan dalam perburuan kejuaraan ketika ini.

Hanya Chelsea dan Watford masih belum mencatat sebarang kekalahan ketika ini.

Tottenham menang tiga perlawanan pertama mereka termasuk menewaskan Manchester United 3-0 sebelum dikecewaka­n Watford di Vicarage

Road.

Tahap kecergasan

Harry

Kane turut menjadi sasaran spekulasi kebelakang­an ini tetapi Mauricio Pochettino menegaskan pemain itu tidak keletihan.

“Apabila seorang penyerang itu tidak menjaringk­an gol, anda pasti mahu mencari sebabnya tetapi saya fikir dia cergas,” kata Pochettino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia