Harian Metro

Mourinho buru tiga mata, elak masa depan terancam

-

London: Jose Mourinho tidak boleh membiarkan kelab kendaliann­ya Manchester United yang berkunjung ke Watford malam ini, diancam kekalahan sekiranya mahu mengejar pencabar kelompok atasan Liga Perdana Inggeris (EPL). Kemenangan 2-0 ke atas Burnley disusuli rehat antarabang­sa sedikit sebanyak mengendurk­an tekanan ke atas pengendali dari Portugal itu tatkala beliau cuba menyuntik momentum positif terhadap permulaan buruk United musim ini.

Kekalahan di tangan Watford yang menang semua empat aksi pertama EPL akan meninggalk­an Red Devils sembilan mata di belakang pendahulu selain merencatka­n pemburuan awal gelaran liga.

Bagaimanap­un, bekas pertahanan kanan United dan England, Gary Neville berharap bekas pasukannya itu masih dapat mencabar Chelsea, Manchester City dan Liverpool walaupun mengalami dua kekalahan awal daripada empat perlawanan.

“Sekiranya mereka dapat kekal (mencabar) sehingga Januari dan mungkin membeli satu atau dua pertahanan, masih ada peluang buat mereka,” katanya.

“Tetapi saya fikir untuk musim ini penamat terbaik buat United adalah tempat ketiga atau

>>United alami dua kekalahan awal

daripada empat perlawanan

keempat.”

Tegas Neville lagi, masih terlalu awal untuk menidakkan kemampuan Mourinho meskipun beliau bergelut, sekali gus mula dianggap sebagai jurulatih yang sudah kehilangan sentuhan.

“Saya fikir Mourinho adalah pengurus yang hebat, dan sepanjang karier 25 tahun, akan muncul ramai pengurus muda, dan orang ramai akan mula bertanya sama ada anda berjaya,” katanya.

“Memang beliau menghadapi situasi lebih sukar kali ini, tetapi adakah ia sudah tamat? Sudah tentu ia tidak masuk akal.” – AFP

 ??  ?? FABINHO PAUL Pogba pacu jentera tengah Red Devils.
MOURINHO
FABINHO PAUL Pogba pacu jentera tengah Red Devils. MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia