Harian Metro

‘Hooliganis­m’ cemar SUKMA

-

setiap kali aksi pergaduhan di padang lebih banyak aksi terajang serta tumbuk angin?

Belum pernah ada pergaduhan yang membabitka­n mangsanya luka parah hingga dimasukkan ke hospital.

Ia susulan pemain Terengganu dan JDT di Sukma Perak. Mengikut laporan, pemain JDT yang memulakan pergaduhan kerana mereka gagal melangkah ke suku akhir.

Pasukan JDT didapati tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil maka bermulalah pergaduhan dengan pemain Terengganu. Agak menghairan­kan pemain JDT meluahkan perasaan terhadap pengadil dengan memukul pemain lawan.

Mutu pengadilan bukan alasan untuk pemain meluahkan emosi dengan tindakan fizikal terhadap lawan. Yang jelas, pemain JDT tidak dapat menangani tekanan apatah lagi mereka menyarung jersi Harimau Selatan.

Di sini, kita harus menilai pengaruh jurulatih yang membimbing skuad pembanguna­n ini. Adakah jurulatih menghasut pemain bertindak agresif untuk menutup kelemahan mereka di atas padang?

Dengan tindakan pemain skuad SUKMA yang amat memalukan serta mencemar imej negeri Johor, apa pula tindakan ‘in house’ yang bakal diambil?

Kita berharap JDT akan membuat keputusan profesiona­l supaya hukuman yang dikenakan kepada pemain serta jurulatih boleh dijadikan pengajaran kerana menjejaska­n maruah negeri.

Kita berharap ia tidak akan menjadi seperti AFC yang jelas kecut apabila berdepan situasi pergaduhan dalam perlawanan persahabat­an pasukan B-23 Malaysia dan UAE.

Amat lucu apabila pihak AFC membuat keputusan tidak mengenakan tindakan terhadap pasukan Malaysia dan UAE memandangk­an hukuman ‘in house’ sudah memuaskan.

Badan induk bola sepak Asia itu gagal menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab untuk membela sukan itu daripada unsur ‘hooliganis­m’ di atas padang. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa AFC menggalakk­an pergaduhan sekiranya negara terbabit boleh mengenakan hukuman sendiri.

Pihak AFC begitu lemah kerana tidak mengambil tindakan yang wajar dengan menekankan pentingnya disiplin serta imej bola sepak.

Jalan penyelesai­an isu pergaduhan ini adalah dengan mendenda kedua-dua pasukan yang gagal mengawal pemain mereka. Tetapi AFC tidak berani!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia