Harian Metro

‘BADANG’ MUSLIMAH

-

Tampil dengan imej muslimah, kelibat Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri sering menjadi tumpuan apatah lagi sukan yang diceburiny­a - angkat berat boleh dikatakan agak asing bagi atlet sepertinya.

Nurul Afiqah mengakui, dia tidak mendapat sokongan untuk menceburi sukan berkenaan tetapi berbekalka­n hati yang cukup kental, atlet kelahiran Teluk Ketapang, Kuala Terengganu itu akhirnya berjaya membuktika­n dia juga mampu membanggak­an keluarga.

Di temasya kali ini, Nurul Afiqah, 18, membawa pulang emas kategori 48kg selepas mengumpul angkatan 81kg clean and jerk wanita di Dewan Merdeka, Tapah.

Jika diperhatik­an kepada bentuk fizikalnya, Nurul Afiqah tidaklah segagah atlet lain tetapi dia tetap berjaya mengalahka­n wakil Sabah, Nilcy Tunik dengan kelebihan satu kg diikuti Siti Zaleha Yusop dari Pahang yang membawa pulang

(gambar)

gangsa (75kg).

“Keluarga tak berapa suka dengan keputusan saya untuk menyertai sukan angkat berat. Mereka kata ‘dok molek’ (tak elok) untuk perempuan menyertai sukan angkat berat.

“Saya bermula empat tahun lalu dalam sukan ini, namun hanya selepas saya memenangi satu pingat perak (48kg clean and jerk) pada temasya dua tahun lalu, barulah keluarga saya mula yakin dengan bakat yang saya ada dalam sukan ini,” katanya.

Ketika berkongsi detik bagaimana dia mula jatuh cinta kepada sukan angkat berat, Nurul Afiqah berkata, minat itu mula berputik selepas melihat ramai kawan-kawannya aktif dalam sukan berkenaan.

“Jurulatih, Mohd Azmir A Rahman juga memainkan peranan utama dalam mengasah bakat dan membentuk saya sejak awal hinggalah sekarang,” katanya.

Terdahulu, Nurul Afiqah memenangi pingat gangsa dalam acara snatch dengan melakukan angkatan 60kg, biarpun rekod catatan peribadi snatch wanita itu dimenangi Siti Zaleha (62kg), sementara Nur Syafiqah Athirah Zaridi dari Perak merangkul perak (61kg).

“Saya sebenarnya gementar dalam acara snatch tadi. Namun saya dapat tebus kesilapan itu dalam clean and jerk. Saya harap dapat kekalkan prestasi yang lebih baik pada temasya akan datang,” katanya.

„ Percaturan Nurul Afiqah berbaloi, raih emas dalam sukan angkat berat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia