Harian Metro

Pulau Pinang akhiri kemarau emas 18 tahun

-

dua pemain kebangsaan Tan Jia Wei dan Cheam June Wei sebagai perseorang­an kedua dan ketiga.

Bagi Seng Zoe yang kini bersama kelab Sports Affairs di bawah bimbingan Rashid Sidek berkata, dia gembira dapat memberi mata pertama, apabila menewaskan juara remaja Asia, Leong Jun Hao dalam pertarunga­n tiga set 21-18, 17-21, 22-20.

“Saya tewas kepada Jun Hao ketika peringkat kumpulan. Saya tengok semula video, kaji balik macam mana corak permainann­ya dan hari ini kemenangan berpihak kepada saya.

“Sebelum saya cedera lutut dua tahun lalu, rekod pertemuan ke atas Jun Hao memihak kepada saya. Saya hanya tewas kali pertama kepadanya di peringkat kumpulan tempoh hari dan saya dijangka bertemu dengannya sekali lagi dalam acara perseorang­an nanti,” katanya.

Jia Wei kemudian memberikan mata kedua dengan menundukka­n Muhammad Aiman Abdul Malek 21-8, 21-15 sebelum June Wei memastikan kemenangan dengan mengalahka­n Lim Chong King 21-12, 21-15.

Gangsa acara berkenaan menjadi milik bersama Negeri Sembilan dan Selangor.

Sementara itu, Selangor memecah kebuntuan apabila meraih emas pertama di SUKMA menerusi acara badminton berpasukan wanita.

Selangor mengetepik­an tuan rumah 3-1 tetapi Perak lebih dulu mendahului menerusi perseorang­an pertama, Lee Ying Ying yang menewaskan H Dharshana 21-4, 21-10.

Namun, perseorang­an kedua Selangor yang juga atlet kebangsaan M Thiinaah menggunaka­n pengalaman yang ada untuk menyamakan kedudukan dengan menundukka­n Eoon Qi Xuan 21-23, 21-16, 21-18.

Selangor mendahului Perak 2-1 menerusi perseorang­an ketiga, K Letshanaa yang menundukka­n Desiree Siow dan beregu wanita, Lee Zhi Qing-Ng Wan Win memastikan emas milik Merah Kuning selepas menewaskan Eoon Qi Xuan-Valeree Siow 12-21, 21-13, 21-18.

Pingat gangsa acara berpasukan wanita milik bersama Negeri Sembilan dan Kedah.

 ??  ?? PASUKAN Pulau Pinang menunjukka­n emas yang dimenangi acara badminton berpasukan lelaki selepas menewaskan Wilayah Persekutua­n.
PASUKAN Pulau Pinang menunjukka­n emas yang dimenangi acara badminton berpasukan lelaki selepas menewaskan Wilayah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia