Harian Metro

DITAHAN JUAL BAKAKUK

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

„ Peniaga beg tangan dicekup bersama sembilan senapang angin

Seorang peniaga beg tangan dan barangan kosmetik ditahan kerana menjual senapang angin.

Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah premis jualan di Lorong Arshad Shopping Complex, Keningau pada jam 2 petang, 9 September lalu.

Hasil pemeriksaa­n, polis menemui senapang buatan sendiri jenis bakakuk, beberapa laras senapang angin, pelbagai jenis peluru dan palet senapang angin.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah lagi premis di pekan Keningau yang membawa kepada penemuan beberapa laras senapang angin menjadikan keseluruha­n sembilan laras senapang dirampas.

“Suspek yang berasal dari Semenanjun­g tinggal di negeri ini selama 13 tahun dan mengaku menjalanka­n aktiviti itu sejak enam bulan lalu.

“Susulan penahanan suspek, polis menahan seorang lagi lelaki yang berperanan sebagai pembekal senapang angin berkenaan yang diakui dibawa masuk dari negara jiran.

“Suspek kedua berusia 32 tahun dan berasal dari Kampung Pagalungan, Keningau kemudianny­a memaklumka­n mengenai suspek ketiga berusia 40 tahun dari Kampung Gaulan, Keningau yang mempunyai kepakaran mengubahsu­ai selain membaiki senapang angin serta bakakuk,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.

Omar berkata, susulan penahanan ketiga-tiga suspek, polis menangkap dua lagi lelaki berusia 29 dan 30 tahun yang terbabit dalam urusan jualan kepada pembeli tempatan.

Katanya, kelima-lima suspek direman sehingga 18 September dengan jumlah rampasan dianggarka­n bernilai RM10,000.

Pada masa sama, polis giat mengesan pembeli senjata berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Mengulas perkembang­an kes culik dua nelayan warga Indonesia di perairan Semporna, Selasa lalu, Omar berkata, kumpulan penculik belum membuat sebarang tuntutan sama ada dengan ahli keluarga atau majikan mangsa.

“Kami bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan suspek,” katanya.

 ?? Omar ?? Kami bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan suspek”
OMAR (dua dari kiri) menunjukka­n antara senapang angin yang berjaya dirampas di Lorong
Arshad Shopping Complex, Keningau.
Omar Kami bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan suspek” OMAR (dua dari kiri) menunjukka­n antara senapang angin yang berjaya dirampas di Lorong Arshad Shopping Complex, Keningau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia