Harian Metro

13 kes pecah rumah selesai

-

Kota Kinabalu: Polis menyelesai­kan 13 kes pecah rumah hasil penahanan dua lelaki tempatan dipercayai anggota Geng Hitam berhampira­n Kompleks 1Borneo di sini, jam 5.30 pagi, Rabu lalu.

Terdahulu, polis mendapati sebuah Perodua Bezza dinaiki dua lelaki di sekitar Manggatal berada dalam keadaan mencurigak­an sebelum diarahkan berhenti.

Suspek bagaimanap­un memecut namun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kedua-dua suspek berusia 25 tahun dan masing-masing berasal dari Tuaran serta Penampang.

“Mereka dikehendak­i bagi siasatan kes pecah rumah di Taman Kepayan Ridge, 11 September lalu. Kedua-duanya aktif memecah masuk rumah sejak sebulan lalu.

“Seorang daripada suspek pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) tahun lalu dan dijatuhi hukuman pengawasan selama dua tahun di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kinabatang­an, namun lari daripada pengawasan polis.

“Susulan penahanan itu, kami merampas pelbagai peralatan digunakan untuk memecah masuk rumah,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, Habibi berkata, pihaknya turut menahan empat individu termasuk suami isteri pada serbuan berasingan, 11 September lalu.

Suspek berusia 19 hingga 42 tahun itu berasal dari Sarawak dan terbabit mengedar dadah jenis syabu di sekitar bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Hasil serbuan, polis merampas syabu seberat 455 gram bernilai RM50,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? HABIBI (tengah) menunjukka­n barang rampasan berkaitan kes dadah dan pecah rumah di Kota Kinabalu.
HABIBI (tengah) menunjukka­n barang rampasan berkaitan kes dadah dan pecah rumah di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia