Harian Metro

TEMPIAS MANGKHUT

- Poliana Ronnie Sidom cnews@nstp.com.my

Sebahagian nelayan di daerah ini tidak turun ke laut selepas amaran dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i mengenai jangkaan Sabah terkena tempias Taufan Mangkhut apabila taufan terbabit menghampir­i kepulauan Luzon, Filipina, semalam.

Pengusaha kapal nelayan, Asmaul Gindong berkata, mereka dimaklumka­n perkara itu dan tidak turun ke laut bermula kelmarin.

Katanya, aktiviti nelayan di laut juga berkuranga­n sejak Julai lalu susulan angin barat daya yang membawa ribut pada waktu petang.

“Sebelum jangkaan taufan, nelayan jarang turun ke laut sejak Julai kerana musim barat daya. Jika ada yang turun ke laut, mereka tidak bermalam seperti selalu.

“Apabila ada amaran seperti taufan, kami tak benarkan kapal turun ke laut kerana bimbang berlaku perkara buruk,” katanya.

Tinjauan di sekitar pesisir pantai berhampira­n jeti Pejabat Pos Sandakan dan Tanah Merah di sini, mendapati lebih 20 kapal berlabuh dipercayai bagi mengelak taufan terbabit.

Sebelum ini, Jabatan Meteorolog­i mengeluark­an amaran mengenai Taufan Mangkhut yang dijangka bergerak ke barat dengan kelajuan 25 kilometer sejam dengan haluan ke arah China.

Nelayan, Yusran Yusop, 31, berkata, walaupun amaran taufan dikeluarka­n, ada antara nelayan turun ke laut ketika cuaca buruk kerana waktu itu kurang saingan menangkap ikan.

“Kami lihat keadaan cuaca, jika waktu siang cerah, kami turun ke laut, namun

Nelayan patuh arahan tidak turun ke laut

jika ada amaran berkaitan taufan, kami ikut arahan kerana tidak mahu berlaku perkara buruk,” katanya.

Pengerusi Persatuan Nelayan Sabah (PENGASAH) Datuk Arsit Sedi berkata, pihaknya mengarahka­n nelayan yang menggunaka­n bot kecil tidak turun ke laut susulan amaran taufan berkenaan menerusi makluman kepada setiap ahli persatuan.

“Ada lebih 200 kapal nelayan di pantai barat dan Kudat, manakala sebahagian besar jumlah kapal nelayan di pantai timur negeri ini yang lebih terdedah kepada risiko taufan susulan kedudukan Filipina yang berhampira­n Laut Sulu,” katanya.

 ??  ?? KAPAL nelayan berlabuh di pesisir pantai perairan Sandakan susulan amaran Taufan Mangkhut yang dijangka memberi tempias kepada Sabah.
KAPAL nelayan berlabuh di pesisir pantai perairan Sandakan susulan amaran Taufan Mangkhut yang dijangka memberi tempias kepada Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia