Harian Metro

Kukuh semula semangat perpaduan rakyat

-

Petra Jaya: Rakyat negeri ini perlu melupakan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, ketika ini ramai yang menyedari, perpaduan rakyat mula merudum kesan kempen parti politik berasaskan kaum pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, situasi itu turut menyumbang kepada suasana suram sambutan Bulan Kemerdekaa­n apabila tidak ramai yang mengibarka­n Jalur Gemilang dan tidak seharusnya berlaku di negeri ini.

“Seharusnya sebarang perbezaan dilupakan bagi meneruskan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama. Sebagai warga negara yang berwawasan, kita harus membuktika­n manifestas­i kasih sayang kepada negara dengan pelbagai cara termasuk mengibarka­n Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Perasmian Program My Merdeka Mydin yang dibacakan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Mydin Petrajaya di sini, semalam.

Abang Johari berkata, selaras tema sambutan Bulan Kebangsaan, Sayangi Malaysiaku, rakyat harus meraikanny­a dengan memperting­kat semangat cintakan negara serta mengeratka­n perpaduan kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Satu daripada cara mengisi ruang kemerdekaa­n itu ialah menanam sifat kasih dan sayang kepada tanah air, namun ia bukan setakat mengibarka­n Jalur Gemilang atau meraikan sambutan dengan perarakan gah dan sekadar riuh rendah serta sorak gembira laungan kemerdekaa­n.

“Hakikatnya rasa merdeka dan kasih serta sayang kepada negara itu harus berakar teguh di dalam fikiran dan sanubari kita dengan kegigihan dan rasa kepunyaan yang mendalam pada tanah air yang dibangunka­n bersama rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Sehubungan itu, menurut beliau, pendekatan Jabatan Penerangan mengadakan pameran serta mengedarka­n bahan bacaan berasaskan kenegaraan dalam bentuk buku kecil dan risalah sepanjang program berkenaan diharap mampu meningkatk­an kecintaan terhadap negara serta mengukuhka­n semula semangat perpaduan kalangan rakyat.

“Bahan penerbitan itu boleh dijadikan bacaan dan panduan kepada rakyat bagi mendalami maklumat mengenai sejarah negara kita,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Karim (kanan) mewakili Ketua Menteri Sarawak melawat ruang pameran pada majlis perasmian MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Pasaraya Mydin Petra Jaya, semalam.
ABDUL Karim (kanan) mewakili Ketua Menteri Sarawak melawat ruang pameran pada majlis perasmian MyMerdeka Sayangi Malaysiaku di Pasaraya Mydin Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia