Harian Metro

PM JAMIN HAK SARAWAK

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan isu 20 peratus royalti minyak dan penurunan hak Sarawak akan ditangani dengan sebaik mungkin seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jaminan itu diberikan ketika kunjungan hormat Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap Perdana Menteri, Rabu lalu.

Fadillah yang juga Ketua Whip GPS berkata, pada pertemuan yang disertai 15 ahli Parlimen GPS, mereka turut membincang­kan beberapa perkara penting yang menjadi keperluan rakyat Sarawak.

“Selain isu kenaikan kadar royalti minyak dan penurunan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kami juga membincang­kan serta isu menaik taraf sekolah daif di Sarawak.

“Malah tawaran kerajaan negeri untuk menyediaka­n dana RM1 bilion bagi menaik taraf sekolah daif juga kami bincangkan dan Perdana Menteri turut memberi jaminan ia akan dibincang di peringkat Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Fadillah berkata, beberapa ahli Parlimen GPS yang turut serta dalam pertemuan dengan Dr Mahathir turut menyuaraka­n hasrat agar projek infrastruk­tur yang dirancang sebelum ini diteruskan bagi manfaat rakyat terutamany­a di kawasan luar bandar.

“Ahli Parlimen Serian (Datuk Seri Richard Riot Jaem) contohnya, memohon supaya projek Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Serian yang bernilai RM310 juta yang diluluskan kerajaan terdahulu diteruskan pembinaann­ya.

“Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Karim pula memohon supaya projek Jambatan Batang Lupar yang bernilai RM1 bilion diteruskan kerana ia amat diperlukan oleh rakyat.

“Kos pembinaan jambatan itu diluluskan Kerajaan Persekutua­n terdahulu dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengenai Jawatankua­sa Khas MA63, Fadillah berkata, setakat Miri: Selepas hampir 18 jam dilaporkan hilang, Jandah Luang, 88, ditemui selamat di sebuah pondok dalam kebun berhampira­n Sungai Antu, Bakong di sini, jam 6.30 pagi semalam.

Jandah ditemui anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Entulang selepas dilaporkan hilang jam 5 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, mangsa ditemui kira-kira ini hanya Abang Johari dijemput untuk menganggot­ainya, berdasarka­n kapasitiny­a sebagai Ketua Menteri.

“Kami tidak mendapat

„ Beri keutamaan isu 20 peratus royalti minyak

lima kilometer dari rumah panjang di Sungai Antu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat namun lemah dan kelaparan. Lelaki berkenaan bermalam di pondok itu selepas gagal mencari jalan pulang ke rumahnya di Rumah Brauh, Sungai Entulang.

“Dia keluar rumah jam 1 tengah hari untuk memukat di sungai berhampira­n namun gagal pulang sehingga jam 5 petang,” katanya. maklumat lain mengenai siapa lagi yang akan menganggot­ai jawatankua­sa khas berkenaan yang ditubuhkan oleh kerajaan PH,” katanya.

Menurut Poh Kiong, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n jam 8.29 malam hari sama selepas menerima laporan kehilangan daripada keluarga mangsa.

“Operasi SAR membabitka­n anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, PBS Entulang dan penduduk kampung.

“Mangsa dibawa ke klinik berhampira­n untuk rawatan sebelum diserahkan kepada keluargany­a,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH (dua dari kiri) selepas perjumpaan dengan Abang Johari.
FADILLAH (dua dari kiri) selepas perjumpaan dengan Abang Johari.
 ??  ?? JANDAH (kanan) ditemui selamat selepas dilaporkan hilang.
JANDAH (kanan) ditemui selamat selepas dilaporkan hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia