Harian Metro

Menteri arah sita kereta sapu di pintu sempadan

-

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) diarahkan memperheba­t aktiviti penguatkua­saan termasuk menyita kenderaan dari negara jiran yang terbabit dalam kegiatan kereta sapu di pintu sempadan Tebedu-Entikong, Serian.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, hanya menerusi penguatkua­saan kerap saja mampu melumpuhka­n kegiatan kereta sapu terbabit, selain bertujuan menjaga periuk nasi pengusaha kereta sewa tempatan yang berdepan penyusutan penumpang sejak sekian lama.

“Masalah kereta sapu ini berlaku di seluruh negara, di mana saja ia berlaku, kita akan minta menambah penguatkua­saan. Kereta sapu bukan termasuk dalam e-hailing, malah menyalahi peraturan kawal selia kenderaan yang terbabit dalam perdaganga­n.

“Tidak kira sama ada kereta sapu tempatan atau dari negara jiran, kita akan lakukan penguatkua­saan termasuk mendapatka­n bantuan daripada Jabatan Imigresen Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat

Tawaran Kelulusan (STK) Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak di Pusat Informasi Islam di sini, semalam.

Pada 16 Oktober tahun lalu, akhbar ini membuat pendedahan kegiatan kereta sapu negara jiran atau lebih dikenali sebagai ‘Kijang Sapu’ beroperasi di pintu sempadan Tebedu-Entikong.

Bagaimanap­un, laporan kegiatan itu kurang mendapat perhatian agensi penguat kuasa menyebabka­n kereta sapu negara jiran masih bebas beroperasi.

 ??  ?? LOKE (tengah) bersama penerima surat tawaran di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP).
LOKE (tengah) bersama penerima surat tawaran di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia