Harian Metro

BINA PUSAT JAGAAN ANAK

Bantu golongan ibu bapa kurang berkemampu­an berdepan masalah di PPR

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Pusat jagaan komuniti akan dibina kerajaan bagi membantu golongan ibu bapa kurang berkemampu­an yang berhadapan masalah penjagaan anak terutama di kawasan perumahan kos rendah.

Usaha itu akan direalisas­ikan kerajaan melalui program khas berbentuk sistem sokongan komuniti untuk setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Program itu akan dimasukkan di bawah Dasar Komuniti Negara yang dirangka bagi memuatkan pelan tindakan komprehens­if pembanguna­n komuniti di Malaysia.

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, menerusi program yang dijangka dilancarka­n hujung bulan ini, salah satu perkara yang akan dilaksanak­an adalah membantu golongan ibu bapa mendiami perumahan kos rendah dan akan dibantu oleh komuniti.

“Kami sedang rangka satu program bagi membantu ibu bapa dalam menguruska­n anak. Perkara ini sudah menjadi satu isu kerana ibu bapa tidak mampu menghantar anak ke tempat asuhan dan mengupah orang gaji.

“Sehinggaka­n ada ibu bapa yang terpaksa mengharapk­an anak yang lebih besar untuk menjaga adik yang lebih kecil.

“Maka kita akan wujudkan satu pusat jagaan komuniti, menggunaka­n konsep penjagaan secara sukarela di mana ibu yang mempunyai masa terluang akan menjaga anak di dalam komuniti mereka dan apabila tiba masa ibu ini pula mempunyai urusan, ibu yang lain pula akan menjaga anak mereka,” katanya ketika menziarahi keluarga kanak-kanak perempuan empat tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 17 di Blok A, PPR Kota Damansara di sini, semalam.

Dalam kejadian 7.10 pagi kelmarin, mangsa, Siti Nur Nadhirah Hairul Anuar, terjatuh dari tingkat 17 PPR Kota Damansara di sini, ketika bersendiri­an di rumah.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendiri­an di rumah kerana ibu bapanya keluar sejak jam 6 pagi untuk berniaga nasi lemak di Bukit Jelutong, Shah Alam manakala kakak mangsa berusia 14 tahun keluar menghantar seorang adiknya ke sebuah tadika di Blok D PPR itu.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, pusat jagaan itu akan beroperasi antara tiga hingga empat jam, bergantung kepada keperluan.

 ??  ?? ZURAIDA (kanan) melawat tempat kejadian, semalam.
ZURAIDA (kanan) melawat tempat kejadian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia