Harian Metro

BAGI BALIK!

Wanita rayu pencuri pulangkan 2 beg sekolah dilarikan dalam kejadian pecah kereta

- Johor Bahru

“Mohon pulangkan balik beg sekolah anak saya,” demikian rayuan pemilik Facebook (FB) Nor Hasyimah Md Hashim selepas cermin kereta Honda CR-Z Hybrid miliknya dipecah di Jalan Mariamah di sini, Rabu lalu.

Kakitangan bank di Johor Bahru itu dalam laman FB berkata, dalam kejadian itu, tiada barangan berharga hilang kecuali dua beg sekolah milik anaknya.

“Kereta saya kena pecah di Jalan Mariamah Johor Bahru (JB) berhadapan Kondo Vista Height. Tiada barang berharga hilang cuma mohon pulangkan balik beg sekolah anak saya,” katanya.

Menurutnya, dia meminta jasa baik mana-mana individu memulangka­n semula beg sekolah anaknya.

“Dalam beg penuh buku sekolah saja. Jika ada terjumpa beg berisi buku dari Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim mohon letak saja di pondok guard (pengawal keselamata­n) sekolah,” katanya.

Dia reda dengan kejadian itu selain memohon Allah menggantik­an perkara yang indah dan baik.

Sebelum itu, perkongsia­n kejadian pecah kereta dikongsi wanita berkenaan di media sosial tular sejak Rabu lalu membabitka­n kehilangan dua beg milik anaknya.

Wanita terbabit berkongsi empat gambar kereta Honda CR-Z Hybrid dengan setiap gambar memperliha­tkan keadaan cermin belakang kereta yang dipecahkan pencuri.

Perkongsia­n itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memberikan kata positif supaya wanita itu bersabar, selain menasihatk­an orang ramai berhati-hati.

“Sekarang ini memang tidak boleh leka. Plastik beg pun mereka sanggup pecahkan,” kata netizen, Amy Aziz ketika berkongsi pandangan.

 ??  ?? CERMIN kereta Nor Hasyimah yang dipecahkan pencuri.
CERMIN kereta Nor Hasyimah yang dipecahkan pencuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia