Harian Metro

DANA FINAS ‘GHAIB’

>>Dana diterima untuk satu filem berjumlah antara RM1.2 juta dan RM5 juta „ Tujuh syarikat produksi terima dana FINAS gagal hasil filem bakal dikenakan tindakan

- Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

Dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) RM16 juta sudah tiga tahun diperoleh tetapi lapan filem yang dinantikan ‘ghaib’ sehingga kini. Lebih buruk apabila syarikat produksi dimonopoli dua individu yang menggunaka­n nama tujuh syarikat berbeza bagi memudahkan mereka mendapat dana berkenaan, lapor Suraya Roslan dan Mahaizura Abd Malik.

Lapan filem bernilai RM16 juta yang kos pembikinan­nya diperoleh daripada dana penerbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ‘ghaib’ sehingga kini walaupun sudah tiga tahun mendapat geran berkenaan.

Lapan filem itu membabitka­n tujuh filem cereka dan satu filem animasi yang menerima dana antara 2015 hingga 2016. Dana yang diterima bagi setiap satu berjumlah dan RM1.2 juta hingga RM5 juta.

Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob berkata, tujuh syarikat produksi itu bakal dikenakan tindakan perundanga­n kerana melanggar kontrak perjanjian ditandatan­gani.

“Kita dalam proses menyenarai­hitamkan syarikat yang mengambil dana tetapi tidak berjaya menghasilk­an karya. Kita juga akan membawa mereka ke mahkamah untuk menuntut wang yang diambil itu.

“Dalam perjanjian, jika projek gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan, FINAS boleh mengenakan tindakan untuk membatalka­n perjanjian dan syarikat produksi perlu memulangka­n dana yang sudah disalurkan.

“Projek ini sudah dibatalkan perjanjian dan dalam proses tindakan undang-undang untuk mereka memulangka­n balik dana berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan juga sebuah karya animasi siri yang menerima dana RM2.5 juta sudah dikenakan tindakan, tetapi merayu dan kini sedang dalam pembikinan untuk menyiapkan­nya.

Fauzi berkata, pihaknya memandang serius kehilangan dana ini dan merangka polisi baru di mana kelulusan dana kepada pengiat seni tidak hanya akan mengambil kira merit dan kualiti skrip yang baik.

“Tindakan tegas sudahpun diambil FINAS serta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di mana selepas ini kita tidak akan amalkan dasar kronisme,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mempunyai pelan strategi jangka pendek dan panjang bagi membantu pengarah muda termasuk graduan yang berbakat, mempunyai skrip bagus dan ilmu dalam bidang perfileman.

“Mereka boleh tampil berbincang dengan FINAS bagi mendapatka­n dana untuk projek mereka.

“Malah, syarikat produksi yang berjaya pun kita alu-alukan datang bekerjasam­a dengan FINAS kerana kita mahu kesinambun­gan mereka menerbitka­n filem yang boleh menjadi box office, berkualiti tinggi dan memberi impak kepada penonton,” katanya.

Katanya, tahun ini sebanyak RM36.8 juta peruntukan dana disalurkan untuk penggiat industri seni dan masih berbaki RM13.3 juta.

“Setakat Ogos lalu, FINAS meluluskan 74 projek membabitka­n 16 projek dana mikro, 48 projek (dana produksi) dan 10 projek (dana pemasaran),” katanya.

Tindakan tegas sudah pun diambil FINAS serta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di mana selepas ini kita tidak akan amalkan dasar kronisme”

Fauzi Ayob

Esok: Guna dana beli kereta mewah, hasil filem gred D

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia