Harian Metro

Pakej nyanyi maksiat

-

Kuala Lumpur: Teman menyanyi karaoke sebelum dibawa ke ranjang. Itu pakej disediakan pusat hiburan dan karaoke sekitar Setapak dan Cheras yang diserbu pihak berkuasa.

Difahamkan, pelanggan hanya perlu membayar pakej untuk mendapatka­n layanan istimewa pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam, Thailand dan Indonesia disediakan pemilik premis.

Kegiatan maksiat itu bagaimanap­un dibongkar susulan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui Ops Mega 3.0 di tiga premis berkenaan, malam kelmarin.

Turut menjadi sasaran pihak JIM, sebuah restoran tomyam di Jalan Dato Keramat, Kampung Dato Keramat, di sini, kerana disyaki menggaji pekerja warga Thailand tanpa permit sah.

Ketua Unit Risikan dan Operasi JIM Kuala Lumpur, Mohd Shahrulniz­am Ismail berkata, pihaknya mendapat maklumat tiga premis berkenaan menjalanka­n kegiatan maksiat dengan menawarkan khidmat GRO wanita warga asing.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Danau Kota, Setapak, di sini. Ketika serbuan terdapat empat individu di lokasi dan tiga daripada mereka didapati warga asing yang menyalahgu­nakan pas masuk.

“Serbuan kedua dilakukan di sebuah pub dan karaoke di Taman Miharja, Cheras. Kami memeriksa 55 individu dan hasilnya seramai 19 wanita warga Vietnam ditahan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa sebuah lagi pusat hiburan yang disyaki menjalanka­n kegiatan maksiat di Danau Kota sebelum menahan 15 warga asing.

“Serbuan di sebuah restoran di Datuk Keramat, pihak kami menahan lima lelaki dan enam wanita warga Thailand yang bekerja di premis itu.

“Secara keseluruha­n, kami menahan 10 wanita Indonesia, lima lelaki warga Bangladesh, 20 wanita Vietnam, lima lelaki dan enam wanita Thailand serta seorang wanita Myanmar selain dua lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.

“Majoriti melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana disyaki menyalahgu­nakan pas atau permit kerja dengan melakukan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

 ??  ?? ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di tiga premis hiburan, kelmarin.
ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di tiga premis hiburan, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia