Harian Metro

Syahril Mazlan HIMPUNAN GIXXER

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Kelab Motosikal Suzuki GSX-R kini semakin dikenali

Peningkata­n trend memiliki motosikal berkuasa tinggi secara tidak langsung membentuk kelab atau grup motosikal dalam kalangan pemilik dua roda itu sendiri.

Selain dapat bertemu, berbual dan melakukan aktiviti motosikal bersama, kewujudan banyak kelab motosikal membuktika­n perkembang­an positif industri permotoran tempatan.

Salah satunya, Kelab Motosikal Suzuki GSX-R Malaysia atau lebih dikenali sebagai Gixxer Malaysia yang sering melakukan perjumpaan bertujuan mengeratka­n silaturahi­m sesama ahli.

Ditubuhkan pada 2012 dan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 2016, kini kelab berkenaan memiliki pengikut melebihi 14,000 di laman sosial Facebook dan Instagram.

Aktif mempromosi­kan pelbagai aktiviti menjadikan kelab ini semakin dikenali, malah jumlah keahlian rasmi meningkat kepada 300 terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan dan bangsa.

Presiden Kelab Gixxer Malaysia Syahril Mazlan berkata, aktiviti mereka semakin mendapat sambutan dalam kalangan ahli selain bilangan ahli baru sentiasa meningkat.

“Tujuan asal penubuhan kelab ini untuk berkumpul dan melakukan aktiviti positif dalam kalangan pemilik Suzuki GSX-R selain membincang­kan hal berkaitan teknikal.

“Kemudian, aktiviti kelab semakin berkembang dengan penganjura­n program tanggungja­wab sosial yang memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan setia kawan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kedua, baru-baru ini.

Perhimpuna­n yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara itu dihadiri lebih 150 pemilik dan ahli kelab dan mencatat penyertaan tertinggi berbanding tahun sebelumnya.

Antara agenda utama termasuk melantik ahli jawatan kuasa baharu dan merancang aktiviti kelab terutama penyertaan dalam Kejuaraan Superbike Malaysia 2018.

Aktiviti berkenana turut dimeriahka­n pelbagai permainan dalaman dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir.

Menurut Syahril, ratarata ahli kelab memilih Suzuki GSX-R kerana pilihan karakter enjin 600cc, 750cc dan 1,000cc serta reka bentuk berbeza berbanding jenama lain.

“Kelab ini membuka keahlian kepada semua pemilik Suzuki GSX-R dan maklumat lanjut berkaitan aktiviti dan program diajurkan boleh dilayari melalui laman Facebook kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA ahli Kelab Gixxer Malaysia.
ANTARA ahli Kelab Gixxer Malaysia.
 ??  ?? CABUTAN bertuah untuk ahli Kelab Gixxer Malaysia.
CABUTAN bertuah untuk ahli Kelab Gixxer Malaysia.
 ??  ?? SESI pendaftara­n untuk Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Gixxer Malaysia.
SESI pendaftara­n untuk Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Gixxer Malaysia.
 ??  ?? SYAHRIL
SYAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia