Harian Metro

Usah hampir, hubungi pihak berkuasa

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

“Ia sudah lama ada,” kata pemancing tegar, Halim Sahak, 38, ketika ditanya mengenai kehadiran buaya air masin di kawasan Pantai Batu 1, Kuala Baram, dekat sini, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Halim menjelaska­n reptilia ganas itu kebiasaann­ya dilihat di atas batu dan tidak pernah dilihat di pantai seperti yang berlaku pada Ahad lalu.

Sebelum ini, penduduk di sini dikejutkan dengan rakaman video kehadiran buaya air masin sepanjang kira-kira empat meter di kawasan pantai itu sehingga tular di laman sosial.

Keadaan itu sekali gus menggempar­kan penduduk kerana lokasi berkenaan adalah kawasan rekreasi yang sering dikunjungi orang awam malah turut menjadi lokasi mandimanda bagi kanak-kanak.

Halim berkata, meskipun belum ada kes serangan dilaporkan, kehadiran buaya itu ternyata menggerunk­an penduduk setempat.

“Ramai menyangka tiada buaya di sini kerana kebanyakan buaya dilihat di kawasan sungai saja,” katanya.

Katanya, kehadiran buaya itu umpama memberi isyarat pada orang awam agar lebih berhatihat­i terutama mereka yang beriadah bersama kanakkanak.

“Justeru, lebih baik kawasan ini tidak dijadikan lokasi untuk bermandima­nda sebagai langkah keselamata­n.

“Bagi pemancing, pastikan jarak memancing tidak begitu hampir dengan tebing batu,” katanya.

Sementara itu, penduduk setempat, Zainal Hussin, 56, berkata, dia juga terkejut dengan kehadiran buaya air masin di kawasan itu.

“Saya pernah dengar, namun belum pernah nampak. Justeru, bila ada rakaman video kehadiran buaya itu, ia amat merisaukan,” katanya.

Katanya, pihak berwajib juga perlu mengambil tindakan dengan meletakkan tanda amaran buaya di kawasan itu.

“Sekurang-kurangnya ia dapat memberi peringatan terutama kepada orang luar sekiranya berkunjung di kawasan itu,” katanya. Miri: Hubungi pihak berkuasa sekiranya terserempa­k dengan reptilia itu dan tidak mengambil tindakan sendiri.

Nasihat itu disampaika­n Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Miri Kapten Hazlee Shah Abd Hamid.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kehadiran buaya air masin di kawasan Pantai Batu 1 Kuala Baram yang menggempar­kan penduduk di Miri.

Menurutnya, tindakan pengunjung menghampir­i buaya berkenaan akan mengakibat­kan reptilia itu lebih agresif dan ‘terlepas’ ke laut.

“Justeru, lebih baik terus menghubung­i pihak berkuasa untuk tindakan sepatutnya,” katanya.

Katanya, APM Miri sudah ke lokasi berkenaan bagi tujuan pemantauan, namun tidak menemui kelibat sang bedal itu.

“Disebabkan itu, kerjasama orang awam penting dengan menghubung­i pihak berkuasa sekiranya terserempa­k dengan buaya itu,” katanya.

Kata beliau, pihaknya juga berharap papan tanda amaran diletakkan secepat mungkin oleh pihak berkenaan.

“Ia sebagai langkah awal berikutan kawasan itu adalah kawasan riadah penduduk,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bimbang ada orang awam bermandi-manda di lokasi itu, sekali gus mengundang risiko serangan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia