Harian Metro

SUKA TUKAR DUKA

„ Tiga kanak-kanak dalam perjalanan berkelah maut pacuan empat roda terbalik

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Pitas

“Pada awalnya, sempena cuti sekolah kami sudah berjanji untuk menunaikan permintaan anak saudara berkelah di Pantai Terenggu.

“Mereka teruja untuk berkelah namun tidak menyangka kemalangan berlaku sebaik tiba di Kampung Bangkau-Bangkau.”

Demikian kata Nena Muijan, 22, ibu saudara kepada tiga kanak-kanak yang maut dalam kemalangan di Kampung Bangkau-Bangkau, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, pacuan empat roda Isuzu Dmax dinaiki Nena bersama suaminya, Larryko Laitin, 25, serta lima kanak-kanak terbabas dan terbalik.

Mereka yang terbunuh ialah kanak-kanak lelaki, Loris Lorzen, 7, serta dua kanak-kanak perempuan, Loslerealc­ka Hamadus dan Sizon Januin, masing-masing berusia 10 tahun.

Difahamkan, tiga mangsa bersama dua lagi kanak-kanak lelaki, Aaron Gaman, 9, dan Jazzy januin, 5, semuanya mempunyai hubungan saudara, dalam perjalanan ke kawasan pantai berhampira­n dengan Nena dan Larryko.

Menceritak­an kejadian itu, Nena berkata, dia dan suami duduk di bahagian hadapan pacuan empat roda Isuzu D-max manakala lima anak saudara berada di bahagian terbuka di belakang kenderaan sebelum bertolak dari Kampung Pantai Kanibongan.

Nena berkata, kejadian berlaku sangat pantas di kawasan jalan tidak berturap dan sebaik keluar dari kenderaan, dia mendapati tiga anak saudaranya itu tersepit di bawah kenderaan dan tidak sedarkan diri.

“Kami segera menghubung­i semua agensi berkaitan dan hanya mampu melihat ketika pasukan bomba mengeluark­an tiga anak saudara yang tersepit.

“Kami berasa sangat bersalah malah permintaan mereka untuk berkelah tidak dapat ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superinten­dan Mohd

Izaan Abdullah, ketika dihubungi berkata, kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di bahagian kanan jalan.

“Tiga kanak-kanak yang meninggal itu ditemui tersepit di bawah kenderaan dan dikeluarka­n oleh pasukan bomba. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, pasangan suami isteri terbabit dan dua kanak-kanak yang terselamat dalam kemalangan itu cedera dan dirawat di Hospital Pitas di sini, dengan keadaan masing-masing dilaporkan stabil.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat membawa keluar mangsa dari dalam kenderaan. KEADAAN pacuan empat roda yang terbalik.
PASUKAN penyelamat membawa keluar mangsa dari dalam kenderaan. KEADAAN pacuan empat roda yang terbalik.
 ??  ?? TIGA kanak-kanak yang dalam perjalanan berkelah di Pantai Terenggu maut selepas pacuan empat roda dinaiki terbabas dan terbalik.
TIGA kanak-kanak yang dalam perjalanan berkelah di Pantai Terenggu maut selepas pacuan empat roda dinaiki terbabas dan terbalik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia