Harian Metro

Perlu dapat izin Mahkamah Syariah

-

Tumpat: Mana-mana pasangan yang ingin berpoligam­i dengan pasangan bawah umur perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah di negeri ini.

Menurut sumber, pasangan terbabit perlu merujuk permohonan kepada Mahkamah Syariah sebelum akad nikah dijalankan bagi mengelakka­n sebarang tindakan diambil.

“Rujuk kepada Mahkamah Syariah bukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JAHEAIK) atau jabatan agama yang lain.

“Kebenaran untuk berpoligam­i hanya dibuat di mahkamah saja,” katanya ketika ditanya mengenai kes terbaru seorang remaja berusia 15 tahun berkahwin dengan lelaki berusia 44 tahun pada Julai lalu.

Remaja berkenaan menjadi isteri kedua kepada lelaki berkenaan yang tinggal di Gua Musang.

Pasangan itu dilaporkan bernikah di Masjid Kampung Laut, Tumpat pada 18 Julai lalu.

Sebelum ini, masyarakat dikejutkan apabila seorang peraih getah berusia 41 tahun bersama pasanganny­a warga Thailand berusia 11 tahun berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di sebuah masjid di Padang Nyor dekat Munduk, Sungai Golok pada 18 Jun lalu.

Berikutan itu, peraih getah berkenaan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang kerana berkahwin dan berpoligam­i tanpa kebenaran mahkamah.

Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Ayu dihantar pulang ke negara asalnya di bawah pemantauan Kementeria­n Sosial Thailand selama tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia