Harian Metro

Perangkap wanita sunyi

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Kebanyakan mangsa sindiket ini membabitka­n golongan wanita yang memiliki karier profesiona­l mahupun suri rumah”

Ahmad Noordin

„ RM83.6 juta lebur terpedaya cinta tak tercipta

Muflis akibat mengejar cinta sejati. Itu dialami wanita tempatan yang sanggup kehilangan RM83.6 juta sepanjang lapan bulan pertama ini di tangan kekasih siber.

Jumlah kerugian ini cukup besar dan membuktika­n cinta membuat wanita sanggup berkorban apa saja hingga menyerahka­n wang ringgit tanpa menyiasat sepenuhnya latar belakang lelaki dikenali.

Meskipun kerap diberi pendedahan dan kesedaran mengenai kegiatan serta taktik sindiket Love

Scam namun majoriti golongan wanita terus menjadi mangsa.

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)Bukit Aman Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, berdasarka­n statistik, jumlah kes membabitka­n kegiatan itu terus mencatatka­n peningkata­n membimbang­kan.

“Pada 2017, sebanyak

1,652 kes Love Scam dilaporkan dengan kerugian RM61.9 juta di seluruh negara. Bagaimanap­un, jumlah kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu menunjukka­n angka membimbang­kan apabila mencatatka­n 1,301 kes dengan kerugian RM83.6 juta.

“Angka kes yang dilaporkan bagi tempoh lapan bulan tahun ini amat menggusark­an terutama jumlah kerugian direkodkan semakin meningkat meskipun jumlah kes diterima masih rendah berbanding tahun lalu,” katanya.

Ahmad Noordin berkata, sindiket

Love Scam masih menggunaka­n modus operandi sama seperti sebelum ini iaitu berkenalan melalui media sosial dengan berbekalka­n ayat cinta bagi mengumpan mangsa.

“Kebanyakan mangsa sindiket ini membabitka­n golongan wanita yang memiliki karier profesiona­l mahupun suri rumah. Pemilihan mangsa secara rawak, namun kebanyakan mereka adalah wanita kesunyian.

“Sindiket bijak menggunaka­n kata-kata bagi memperoleh kepercayaa­n mangsa sebelum diarah untuk memberikan wang sama ada secara terus atau melalui panggilan telefon daripada individu lain yang kononnya mahu memberi bungkusan, namun barangan itu berada dalam tahanan pihak berkuasa sebelum diminta membuat pembayaran,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan individu yang dikenali melalui media sosial untuk menyerahka­n wang, apatah lagi mereka tidak pernah berjumpa.

“Apabila individu dikenali melalui media sosial meminta wang, orang ramai perlu lebih peka dan tidak bertindak memindahka­n wang seperti diarahkan. Selidik terlebih dulu latar belakang individu berkenaan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket love scam.

“Mereka yang pernah berdepan situasi seperti mangsa love scam diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan termasuk individu yang memberikan akses kad ATM kepada individu dikenali media sosial,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA sindiket Love Scam yang ditahan membabitka­n warga asing dan tempatan.
ANGGOTA sindiket Love Scam yang ditahan membabitka­n warga asing dan tempatan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia