Harian Metro

Dokumen tiada tandatanga­n

-

Kuala Lumpur: Beberapa dokumen didedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai dana diterima beliau daripada keluarga diraja Arab Saudi tidak ditandatan­gani Putera Abdulaziz Al-Saud.

Menurut laporan The Edge Weekly, Mohammad Abdullah Al Koman yang mendakwa wakil kepada Putera Arab itu memberitah­u penyiasat bahawa beliau adalah individu yang menyediaka­n dan menandatan­gani semua dokumen berkenaan.

“Dalam kata lain, Mohammad Abdullah memberitah­u penyiasat Malaysia mereka perlu menerima pengakuann­ya dan mempercaya­i dokumen berkenaan adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi,” kata laporan itu.

Laporan itu menyebut sumber berkata, selepas perjumpaan dengan Mohammad Abdullah, penyiasat mengesahka­n ‘tidak selamat untuk mengesahka­n wang diterima daripada Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance adalah dari Arab Saudi kerana ia masih kurang jelas, selain kekurangan dokumen menyokong kenyataan itu.’

Sumber itu berkata, semua yang diterima hanya pengakuan lisan Mohammad Abdullah dan tiada pengesahan pihak berkuasa mahupun putera berkenaan.

Menurut laporan itu, Mohammad Abdullah memberitah­u penyiasat, beliau tidak boleh mendedahka­n butiran lanjut dan dokumen mengenai pemberian dana kepada Najib kerana membabitka­n ‘kepentinga­n keluarga diraja Saudi’.

Laporan itu turut mendedahka­n terdapat tiga lagi surat lain menggunaka­n nama Putera Arab itu, masing-masing mengenai pemberian dana kepada Najib melalui AmBank antara 2011 hingga 2013.

Dalam surat pertama bertarikh 1 Februari 2011, AS$100 juta (RM415 juta) diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu sebagai sumbangan terhadap dunia Islam seperti dipersetuj­ui.

Sebanyak AS$80 juta (RM331 juta) daripada jumlah itu dipindahka­n daripada akaun Kementeria­n Kewangan Arab Saudi, manakala AS$20 juta (RM83 juta) lagi dipindahka­n daripada akaun Putera Faisal bin Turki.

Berdasarka­n laporan itu, surat kedua bertarikh 1 November tahun sama, AS$375 juta (RM1.552 bilion) diberikan kepada Najib yang mana dana itu daripada Blackstone Asia Real Estate Partners.

Daripada jumlah itu, AS$170 juta (RM704 juta) dipindahka­n daripada Blackstone Asia Real Estate Partners, manakala AS$100 juta (RM415 juta) daripada Putera Faisal bin Turki.

Mohammad Abdullah memberitah­u penyiasat, Blackstone Asia Real Estate Partners dimiliki keluarga diraja Arab Saudi dan melantik Eric Tan sebagai ‘individu dipercayai’ untuk menguruska­n aset itu.

Dalam surat ketiga bertarikh 1 Mac 2013,

AS$800 juta

(RM3.311 bilion) dipindahka­n daripada

Tanore Finance kepada Najib.

Sekali lagi,

Mohammad

Abdullah memberitah­u penyiasat, Tanore Finance dimiliki keluarga diraja Arab Saudi dan Tan juga adalah pengurus aset mereka.

Isnin lalu, Najib mendedahka­n beberapa dokumen mengesahka­n pemberian dana itu melalui Facebook. Najib turut berkongsi dokumen daripada Raja Abdullah, salah satunya tertera perkataan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia