Harian Metro

Kembali ke sekolah

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

„ Tiga beradik mula belajar semula tinggal di asrama untuk jimat perbelanja­an

Kesedihan tiga beradik terpaksa berhenti sekolah akibat kemiskinan keluarga berakhir semalam apabila mereka kembali semula ke sekolah.

Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, memulakan pembelajar­an semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Wangi, manakala adiknya Nur Alia Adila, 11 dan Nur Alia Apira, 9, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis.

Ketiga-tiga mereka dari Kampung Panggong Lalat, di sini, dibenarkan tinggal di asrama di sekolah berkenaan bagi menjimatka­n perbelanja­an keluarga termasuk kos pengangkut­an dan makan.

Ketika ditemui di rumahnya, Nur Aidil Balqis mengakui gembira apabila Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengurus persekolah­an mereka semula.

Nur Aidil Balqis berkata, dia dan adiknya gembira kerana dapat bersekolah semula dan tidak lagi rasa terasing apabila kawan sebaya lain pergi ke sekolah.

“Kami melaporkan diri di sekolah pada Rabu lalu dan memulakan pengajian sepenuhnya hari ini,” katanya.

Tiga beradik itu sebelum ini bersekolah di SK Pengkalan Kubur, Tumpat dan terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga sebelum berpindah ke Kampung Panggong Lalat pada April tahun lalu.

Ibunya, Zuraini Mat Rani, 31, berkata, mereka menerima banyak sumbangan diterima daripada orang ramai yang prihatin dengan nasib tiga anaknya yang tidak bersekolah.

Katanya, wang diterima daripada penderma itu akan dibelanjak­an untuk persekolah­an tiga anaknya hingga mencapai kejayaan.

“Saya terharu dengan keprihatin­an pelbagai pihak hingga tiga anak saya dapat meneruskan persekolah­an semula,” katanya.

 ??  ?? TIGA beradik yang berhenti sekolah kerana keluarga miskin memulakan semula persekolah­an, semalam. LAPORAN Harian Metro 3 September lalu.
LAPORAN Harian Metro 1 September lalu.
TIGA beradik yang berhenti sekolah kerana keluarga miskin memulakan semula persekolah­an, semalam. LAPORAN Harian Metro 3 September lalu. LAPORAN Harian Metro 1 September lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia