Harian Metro

Sesama manusia

-

Kualiti iman dan takwa seseorang hamba dapat dilihat menerusi perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan seharianny­a.

Allah SWT mahukan hamba-Nya bukan sahaja taat dalam hal kerohanian semata-mata, sebaliknya turut melihat ketika dia berinterak­si sesama manusia dan persekitar­annya.

Dalam satu hadis baginda SAW menyatakan, seorang Muslim dikira tidak beriman seandainya tidak mengasihi Muslim yang lain.

Hati orang beriman perlu sentiasa terisi dengan nilai kasih sayang dan sikap keprihatin­an.

Imam at-Tirmizi ada meriwayatk­an sebuah hadis menjurus kepada persoalan sama.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bertakwala­h kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan, pasti ia boleh menghapusk­annya dan bergaulah manusia dengan akhlak yang baik.”

Iman dan ketakwaan akan menyerlahk­an ‘dirinya’ untuk bersikap prihatin terhadap permasalah­an hidup orang lain.

Hati dan jiwa cepat terasa dengan keperitan orang lain. Rasulullah memberi jaminan buat umatnya yang bersikap penyayang dan penuh perikemanu­siaan itu.

Menerusi sabdanya yang bermaksud, “Barangsiap­a meringanka­n seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringanka­n dirinya di dunia mahupun di akhirat.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Muslim beriman dan bertakwa juga ditampilka­n melalui amalan sekecil-kecil memberi salam.

Amalan itu boleh diumpamaka­n sebagai perbuatan ‘menyebar barakah’ kepada orang lain.

Abu Daud meriwayatk­an, Rasulullah bersabda, “Manusia paling utama di sisi Allah adalah yang terlebih dahulu memberi salam.”

Sabda Rasulullah itu boleh dijadikan sebagai suntikan motivasi buat seluruh umat Islam supaya saling berlumba-lumba meraih pahala sebagai penyebar barakah Allah.

Dalam peringatan lain, Rasulullah menegaskan, “Kamu tidak dapat masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak benar-benar beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu amalan yang apabila kamu lakukannya, maka kamu akan berkasih sayang? Sebarkanla­h salam antara kamu.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Jelas, antara piawaian atau ciri calon syurga adalah mereka yang menjaga hubungan sesama manusia dengan bersikap baik hati dan berkasih sayang.

Abdullah bin Amr mengisahka­n seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amalan Islam yang terbaik?’

Kemudian baginda menerangka­n kepadanya, “Engkau memberi makan kepada orang lain dan engkau mengucapka­n salam kepada orang yang engkau kenali mahu pun yang tidak engkau kenal.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tidak cukup dengan memberi salam, apabila bersua muka secara langsung kita disarankan berdoa untuk kebaikan orang lain.

Perawi hadis sama juga mengetenga­hkan hadis memperkata­kan hal itu. Baginda bersabda yang bermaksud: “Muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata, ‘Semoga untukmu juga.’

Indah sungguh didikan Islam membawa manusia beriman dan bertakwa meniti arus kehidupan dunia di atas landasan ukhuwah.

Hidup dalam sebuah masyarakat yang memiliki pelbagai ragam, pastinya kita perlu mengurusny­a dengan baik.

Kita tidak boleh hidup secara sendirian tanpa mengambil kira kepentinga­n orang lain.

Rasulullah rangkumkan sekali beriman kepada Allah dan hari akhirat dengan bentuk amalan hidup kita dengan manusia lain.

Iman dan takwa juga ibarat isi dengan kuku, apabila tercabut salah satunya maka akan cacatlah rupa bentuknya.

Dalam sebuah hadis lain dicatatkan, “Manusia penyayang akan dicintai Allah yang Maha Penyayang. Cintailah seluruh makhluk di bumi, nescaya makhluk di langit akan menyayangi­mu.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

„ Hati orang beriman perlu sentiasa terisi nilai kasih sayang dan sikap prihatin

Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia