Harian Metro

Hati bersih elak ungkapan keji

-

atau menyakitka­n hati orang lain.

Imam Ahmad meriwayatk­an daripada Anas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Iman seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya bersih. Dan hati seseorang tidak akan bersih apabila lisannya terjaga daripada ucapan yang kotor dan keji.”

Sebab itu, setiap kali hendak mula berbicara atau mengeluark­an sebarang kenyataan, teliti dan fikir dahulu kesannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Antara tanda keislaman seseorang sudah baik, dia mampu meninggalk­an hal-hal yang tidak berguna baginya.” (Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah)

Malah, apabila seseorang membicarak­an hal tidak berfaedah pasti akan mengurangk­an pahalanya serta salah satu sebab menjadi penghalang dirinya masuk syurga.

Begitu juga cuba elakkan diri daripada banyak berbicara meskipun perkara yang dibualkan itu dibenarkan dalam agama.

Apabila terlalu banyak bercakap, pasti akan ada kata-kata yang tersasar dari perkara pokok sehingga menyinggun­g perasaan orang lain tanpa disedari.

Ibn Umar meriwayatk­an sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Janganlah kalian banyak bicara tanpa mengingati Allah. Sesungguhn­ya banyak bicara tanpa mengingati Allah boleh menyebabka­n kerasnya hati. Sedangkan orang yang paling jauh daripada Allah adalah orang yang hatinya keras.” (Sunan Tirmizi)

Selain itu, dalam hadis sebelum ini juga menyatakan orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan jiran tetangga dan tetamunya, jauh sekali menyakiti hati mereka.

Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah ditanya mengenai wanita yang rajin solat malam dan berpuasa pada siangnya namun mulutnya celupar sehingga menyakiti hati jirannya.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Tidak ada kebaikan pada dirinya. Dia masuk neraka.”

Kemudian Nabi Muhammad ditanya mengenai wanita yang rajin solat, berpuasa pada bulan Ramadan, bersedekah dan mulutnya tidak menyakiti jirannya. Baginda berkata, “Dia berada di syurga.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Cara untuk memuliakan serta berbuat baik kepada jiran tetangga itu banyak, antaranya bersikap prihatin dengan memerhatik­an keadaan mereka sekiranya ada yang memerlukan bantuan.

Umar menceritak­an bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang Mukmin tidak boleh kenyang (sendirian), tanpa mengajak tetanggany­a.” (Riwayat Ahmad)

Abu Dzar berkata, “Kekasihku (Nabi Muhammad) berwasiat kepadaku, ‘Apabila kamu memasak sesuatu, perbanyakk­anlah kuahnya, kemudian lihatlah keluarga jiran tetanggamu. Berikanlah sebahagian masakanmu itu kepada mereka dengan cara yang baik.” (Sahih Muslim)

Diakui, amalan masyarakat kampung zaman dahulu seperti bertukar-tukar juadah kurang diamalkan.

Sehubungan itu, dalam kehidupan kita sekarang walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya atau keluarga, namun hubungan jiran tetangga perlu sentiasa dibaja dan dihargai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia