Harian Metro

Haiwan ternakan masih dibiar ‘berehat’ di bahu jalan

-

Insiden seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi koma selepas ‘diserbu’ sekawan lembu di Merang dekat sini, minggu lalu dilihat belum cukup menyedarka­n penternak sekitar Setiu dan Kuala Nerus mengenai tanggungja­wab menambat ternakan mereka.

Tinjauan di sekitar lokasi kemalangan dan laluan dari Kuala Nerus ke Setiu, semalam mendapati masih ada lembu dan ternakan lain dibiarkan berkeliara­n berhampira­n jalan utama tanpa sebarang kawalan.

Harian Metro sempat merakam aksi sekawan lembu ‘berehat’ di bahu jalan utama, dekat Wakaf Tengah, Kuala Nerus walaupun laluan itu sibuk dengan kenderaan terutama pada waktu pagi dan petang.

Usaha untuk mendapatka­n maklum balas daripada pihak bertanggun­gjawab terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan isu itu, tidak berjaya apabila dimaklumka­n mereka masih mengumpul maklumat berkaitan kejadian.

Peniaga di kawasan itu, Omar Ahmad, 54, berkata, dia biasa melihat lembu berkeliara­n di laluan itu seawal jam 8 pagi dan ada masanya menjadi penyebab kepada kesesakan lalu lintas.

“Lembu ini boleh dilihat bebas berkeliara­n pada musim tertentu, terutama apabila menjelang Aidilfitri dan Aidiladha, tetapi tidak dinafikan pada waktu biasa pun ia tetap ada.

“Seolah-olah tidak dikawal langsung oleh penternakn­ya,” katanya.

Pengguna laluan berkenaan, Fatimah Rusli, 42, pula berkata, PBT sepatutnya memainkan peranan penting dalam membendung haiwan itu berkeliara­n, sekali gus mengelak kemalangan daripada terus berulang.

“Tindakan tegas sepatutnya diambil terhadap penternak kerana kemalangan ini bukan perkara main-main.

“Takkan mahu tunggu ada nyawa yang melayang baru mahu diambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, Anuar Abd Rahim, 49, koma selepas ‘diserbu’ sekawan lembu ketika melalui kawasan Merang berhampira­n stesen minyak Petronas di Setiu.

Anuar bersama 20 peserta konvoi dikatakan dalam perjalanan dari Batu Rakit menghala ke Pantai Penarik, Setiu sebelum ‘diserbu’ 30 lembu yang melintasi jalan di lokasi kejadian.

 ??  ?? PENTERNAK lembu masih membiarkan ternakan mereka berkeliara­n di jalan raya.
PENTERNAK lembu masih membiarkan ternakan mereka berkeliara­n di jalan raya.
 ?? Mohammad Azlin Sadari ?? Suspek ditahan dipercayai mengatur pertaruhan dan hanya berurusan dengan individu yang diyakini saja termasuk pelanggan tetap”
Mohammad Azlin Sadari Suspek ditahan dipercayai mengatur pertaruhan dan hanya berurusan dengan individu yang diyakini saja termasuk pelanggan tetap”
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia