Harian Metro

NORANIZA TAK BERPUTUS ASA

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Tidak dinafikan lagu berkonsepk­an etnik kreatif dan irama tradisiona­l semakin kurang mendapat tempat dalam kalangan pendengar pada masa kini. Namun,

Noraniza Idris tidak pernah berputus asa cuba mengembali­kan kegemilang­an genre berkenaan.

Setiap kali bercakap mengenai masa depan genre itu, jelas terpancar kekecewaan di wajah Noraniza. Bagaimanap­un, dia tidak akan sesekali mengalah meski terpaksa berdepan pelbagai kekangan.

Malahan, dia antara penghibur yang lantang bersuara agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada penyanyi lagu irama tradisiona­l bertapak dan mengembang­kan genre itu.

Noraniza pernah mencetuska­n fenomena pada 1990-an dengan kembali mengangkat lagu irama tradisiona­l dan etnik kreatif. Tiga dekad dalam industri seni, kini dia melihat genre itu seolah-olah semakin dipinggirk­an. Meskipun nama Baki

Zainal, 35, di pentas pengacaraa­n kini bertaraf Asia, masih ada impian yang belum direalisas­ikan.

Bukan anugerah yang dikejar Baki sebaliknya peluang untuk mengacarak­an program TV berbahasa Malaysia atau Inggeris di tanah air sendiri.

Ini kerana sepanjang 16 tahun

Baki memperjuan­gkan bakat sebagai pengacara, namanya dikenali dalam kalangan penonton Cina.

Baki atau nama sebenarnya Zahamin Baki Zainal berkata dia sedar kelebihann­ya fasih bertutur dalam bahasa Mandarin membuka lebih ruang untuknya menembusi pasaran lain.

“Selama belasan tahun saya mengacara kebanyakan program TV yang dikendalik­an di negara ini dalam bahasa Mandarin.

“Pernah terdetik di hati, moga ada peluang untuk saya mengacara program TV bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris satu hari nanti.

“Saya ingin luaskan lagi kebolehan di tanah air sendiri. Bukan tamak atau cuba mengejar populariti tetapi saya mahu mempelbaga­ikan bakat pengacaraa­n dalam beberapa bahasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia