Harian Metro

Tanggungja­wab perkasakan budaya

- DARI MUKA R23

“Sudah lama saya berusaha memartabat­kan kembali lagu irama tradisiona­l. Pelbagai usaha yang saya lakukan tetapi belum nampak hasil.

Stesen radio juga seolaholah kurang berminat memutarkan lagu irama tradisiona­l sedangkan masih ramai menggemari genre ini.

“Saya sudah tidak tahu apa lagi yang perlu buat supaya genre ini kembali sama seperti dahulu. Oleh itu, saya menghantar surat kepada Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir agar dapat membantu menyelesai­kan perkara ini.

“Manalah tahu Tun boleh meminta setiap stesen radio untuk memberikan sekurang-kurangnya kuota sejam bagi memainkan lagu irama tradisiona­l. Lagu bukan hanya untuk hiburan tetapi juga mendidik masyarakat mengenai bahasa dan identiti negara,” katanya.

Kalau ikutkan, dia tidak perlu bersusah payah memperjuan­gkan hal berkenaan kerana namanya sudah kukuh dan bukan selama-lamanya berada dalam industri seni muzik.

Bagaimanap­un, mengenangk­an nasib penyanyi lagu tradsional pada masa akan datang, Noraniza terpaksa bertindak. Dia berharap pengalaman dan usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil.

“Saya minta bantuan banyak pihak tetapi sehingga ke hari ini belum ada maklum balas. Namun, saya percaya akan ada sinar buat irama tradisiona­l.

“Ada juga saya tanyakan stesen radio kenapa kurang berminat putarkan lagu irama ini dan alasan diberikan tidak munasabah. Apabila diminta selitkan unsur rap dan menggunaka­n bahasa Melayu tanpa dialek, kami ikut. Namun, masih juga tidak putar.

“Selepas itu bagi alasan faktor usia. Apabila ia membabitka­n umur, saya tidak boleh buat apa-apa kerana mana boleh manusia jadi muda kembali. Saya pun sudah 50 tahun,” kata penyanyi yang mendapat jolokan ratu irama tradisiona­l itu.

Mungkin ada segelintir pihak mengatakan muzik sedemikian tidak diminati generasi muda hakikatnya Noraniza yang menganjurk­an program tanggungja­wab sosial korporat bagi memperkasa­kan seni dan budaya mendapati ramai peserta terdiri daripada kanak-kanak hingga usia 30 tahun.

Walaupun ia lebih menjurus kepada tarian, minat mereka tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Sama seperti dalam bidang nyanyian yang mempunyai ramai pelapis daripada generasi muda.

Sedang dalam perancanga­n mengadakan konsert skala besar, Noraniza tidak kisah mengeluark­an belanja sendiri demi melihat irama tradisiona­l kekal dalam industri muzik tanah air.

“Saya ingin mengembali­kan zaman kegemilang­an irama tradisiona­l. Biarpun terpaksa mengeluark­an perbelanja­an sendiri, saya tidak kisah. Saya ingin melihat irama tradisiona­l terus kekal memeriahka­n industri seni tempatan,” katanya.-Ardini Sophia

Sina

 ??  ?? Lagu bukan hanya untuk hiburan tetapi juga mendidik masyarakat mengenai
bahasa dan identiti negara
Lagu bukan hanya untuk hiburan tetapi juga mendidik masyarakat mengenai bahasa dan identiti negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia