Harian Metro

Bakat Asia kembali dicari

-

itu berkata peserta sudah mengetahui kehendak setiap juri.

“Peserta musim kali ini tahu apa yang saya, Anggun dan Jay mahu lihat. Jadi, tahap kehebatan peserta musim ini dijangka lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Park yang juga penyanyi dan usahawan memberitah­u peserta musim lalu memberi banyak inspirasi kepadanya.

“Saya seronok menjadi juri tahun lalu dan ingin kembali menggalas tanggungja­wab bersama David Foster dan Anggun,” katanya.

Asia’s Got Talent diangkat sebagai program mencari bakat terbesar dunia dan menampilka­n persembaha­n aneka ragam daripada pelbagai peringkat usia serta latar belakang.

Setiap peserta perlu menambat hati juri menerusi persembaha­n paling kreatif dan unik bagi berebut hadiah juara bernilai AS$100,000.

Musim kedua Asia’s Got Talent menyaksika­n ahli silap mata dari Indonesia, The Sacred Riana sebagai juara.

Pada musim itu, peserta dari 15 negara memeriahka­n pentas program realiti terbabit yang ditonton lebih 310 juta kali di YouTube dan Facebook.

Program di bawah francais Got Talent itu dicipta oleh Simon Cowell dan tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness sebagai Format Realiti Televisyen Paling Berjaya dalam sejarah.

Ia diterbitka­n semula dalam 70 versi tempatan di Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Syarikat.

Di rantau ini, Asia’s

Got Talent disaksikan lebih 126 juta isi rumah menerusi saluran AXN Asia.

 ??  ?? BARISAN juri musim ketiga Asia’s Got Talent (dari kiri) Foster, Anggun dan Jay. Peserta musim kali ini tahu apa yang saya, Anggun dan Jay mahu lihat. Jadi, tahap kehebatan peserta musim ini dijangka lebih baik
BARISAN juri musim ketiga Asia’s Got Talent (dari kiri) Foster, Anggun dan Jay. Peserta musim kali ini tahu apa yang saya, Anggun dan Jay mahu lihat. Jadi, tahap kehebatan peserta musim ini dijangka lebih baik
 ??  ?? JUARA musim kedua Asia’s Got Talent, The Sacred Riana (dua dari kiri) bersama Jay, Foster dan Anggun.
JUARA musim kedua Asia’s Got Talent, The Sacred Riana (dua dari kiri) bersama Jay, Foster dan Anggun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia