Harian Metro

Jelajah banyak negara Asia

- DARI MUKA R23

Menurut Baki, selain Mandarin dia juga fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris. Jadi, tidak salah sekiranya dia mencuba.

Ujar pengacara rangkaian beli-belah dari rumah yang inovatif, CJ WOW SHOP di 8TV dan ntv7 ini, dia sebenarnya ingin mengemudi program itu dalam bahasa Malaysia di TV3 atau TV9.

“Kalau siaran di 8TV dan ntv7, sudah semestinya ia ditonton masyarakat Cina.

“Namun, kalau dapat peluang muncul dalam CJ WOW SHOP di TV3 atau TV9, dapatlah merasa berinterak­si dengan penonton Melayu.

“Saya sebenarnya pernah juga bergurau dengan penerbit minta diberi peluang mengacara CJ WOW SHOP dalam bahasa Malaysia,” katanya,

Bagaimanap­un, Baki berkata yang pasti dia tetap bersyukur kerana hingga kini rezekinya tidak pernah putus.

Malah, dia teruja apabila baru-baru ini berpeluang tampil sebagai hos acara Ambang Merdeka 2018 di Dataran Merdeka.

Kata Baki, dia seronok dapat mengacara dalam bahasa Malaysia di hadapan puluhan ribu penonton.

“Ketika ditawarkan menjadi hos acara ini, saya berada di luar negara. Namun, saya sanggup terima kerana penganjur beritahu saya akan mengendali­kan program ini dalam bahasa Malaysia,” katanya.

Kemampuan Baki berbahasa Mandarin dan Inggeris dengan baik sudah membawanya mengelilin­gi negara Asia seperti Singapura, Thailand, Filipina, Hong

Kong, China dan Taiwan apabila dia ditawarkan mengendali­kan beberapa program.

Pengacara program Step Forward dan Let’s Cycle di 8TV ini juga pernah dipilih dua tahun berturut-turut sebagai pengacara Asian Television Awards 2016 dan 2017 di Singapura.

ANJUR SUKAN MEMANAH BERKUDA KEBANGSAAN 2018

Bukan hanya seni, Baki juga punya minat mendalam terhadap dunia sukan.

Selain aktif berbasikal dan menyelam, Baki menggemari sukan berkuda.

Menyedari persepsi segelintir masyarakat sukan berkuda mahal dan hanya sesuai untuk golongan berada, Baki tampil menganjurk­an program Pertanding­an

Sukan Memanah Berkuda Kebangsaan 2018.

Dia dan sepupunya bergabung menganjurk­an pertanding­an itu buat julung kalinya di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 28 hingga 30 September ini.

“Sudah lama saya dan sepupu merancang menganjurk­an pertanding­an ini dan perlu melakukann­ya secara teliti kerana ia modal sendiri.

“Malah, saya juga perlu mencari penaja yang berminat dan kelab sukan memanah berkuda yang ingin menyertai program ini. Alhamdulil­lah, untuk percubaan pertama ada tujuh kelab dari seluruh negara setuju menyertain­ya.

“Objektif saya menganjurk­an pertanding­an ini adalah kerana mahu memperkena­lkan sukan berkuda dan memanah kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut Baki, ada beberapa program sampingan menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir nanti.

Pertanding­an sukan memanah berkuda disertai atlet profesiona­l itu diadakan secara solo dan berkumpula­n untuk merebut piala Malaysia Botani Cup (MBC).

Baki berkata dia juga gembira acara itu mendapat sokongan Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan serta Pusat Equestrian Universiti Putra Malaysia (UPM).

Malah, majlis penutup rasmi dan penyampaia­n hadiah dijangka dihadiri Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia