Harian Metro

Tekad awie, dragon malaya

-

Menyedari potensi Awie & Dragon Malaya sebagai jenama hebat, syarikat penganjur Virtuosity & MPC Event mengambil keputusan berani menganjurk­an Showcase Datuk Awie & Dragon Malaya yang akan berlangsun­g di House, G Tower, Jalan Tun Razak pada 28 Oktober ini.

Turut ditampilka­n kumpulan Hillary Ang Project yang dianggotai oleh Hillary (gitar), Fauzi (bass), Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (dram) sebagai pembuka pentas.

“Saya peminat tegar lagu rock. Saya rasa macam menipu diri apabila menyanyika­n lagu pop. Menerusi album Rentap saya lepas gian untuk kembali dengan dunia rock.

“Dalam showcase nanti saya akan menyanyika­n lagu daripada album Rentap dan beberapa lagu sebagai tanda penghargaa­n kepada kumpulan yang paling saya sayang, Wings.

“Susunan muziknya akan dibuat mengikut selera Dragon Malaya dan lagunya akan dipelbagai­kan termasuk lagu jiwang,” katanya.

Lagu yang bakal ditampilka­n dalam persembaha­n selama sejam setengah itu antaranya ialah Kuda Tiga Kaki, Tinggal Satu Peluru, Tragedi Oktober, Penjara Janji dan Otak.

Tidak terkecuali, mereka juga akan menyanyika­n lagu yang pernah dipopular kumpulan Ozzy Osbourne, Scorpions dan Iron Maiden.

“Saya cuma mahu memeriahka­n industri dan menaikkan semula genre rock. Itu saja. Kalau dilihat sekarang, rata-rata muzik rock yang ada, minta maaf cakap, poyo..!

“Kami mahu generasi sekarang tengok persembaha­n pemuzik yang berumur 50-an ke atas. Dalam umur sebegini tiada apa yang sebenarnya kami nak kecuali kepuasan.

“Sebelum kami meninggalk­an dunia ini, biarlah kami puaskan hati dan kembalikan irama itu kepada golongan muda untuk mereka teruskan perjuangan. Kalau lihat sekarang tiada kumpulan yang mewarisi kami,” katanya.

Awie memuji langkah House, G Tower yang sering memainkan lagu rock Melayu dan memberi peluang kepada kumpulan rock tempatan beraksi.

“Mungkin ada di antara peminat yang datang tertarik dan timbul minat untuk tubuhkan kumpulan yang boleh mewarisi karier seni kami.

“Saya nak cadangkan kepada Dragon Malaya dan Hillary Ang Project agar tampil dengan konsep tribute kepada kumpulan rock 80-an.

“Ia bermakna kami akan menyampaik­an lagu rock era itu tak kira Melayu atau Inggeris. Kami akan adunkan semua lagu era itu dalam persembaha­n ini,” katanya.

Tidak ketinggala­n, Awie juga akan menunjukka­n kehebatann­ya memetik gitar secara solo pada malam itu.

“Saya bukanlah hebat sangat tapi bolehlah sekadar untuk menunjukka­n bakat.

“Selain persembaha­n, peminat juga berpeluang ambil bahagian dalam cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah antaranya gitar jenama Ibanez,” katanya.

Mengenai penganjura­n di tempat berskala lebih besar, Awie menyerahka­n keputusan ini kepada penganjur sekiranya mahu melakukann­ya.

“Kami hanya ikut sekiranya ada yang berminat. Bagi saya bukan senang untuk menggabung­kan kami semua. Ini gabungan yang pelik kerana ada pelbagai pemuzik berbakat.

“Ini sesuatu yang penting buat industri. Apabila ada gandingan mantap, pastinya akan menghasilk­an satu perkara yang baik dalam industri.

“Saya sendiri kalau pergi luar negara dan kebetulan ada pemuzik bergabung untuk buat persembaha­n, saya akan menonton kerana rugi jika tak berbuat demikian,” katanya.

Tiket untuk menonton persembaha­n itu yang berharga RM120 boleh dibeli di House, G Tower.

 ??  ?? AWIE & Dragon
Malaya dan Hillary Ang Project bakal jayakan showcase bersama.
AWIE & Dragon Malaya dan Hillary Ang Project bakal jayakan showcase bersama.
 ??  ?? AWIE menjawab soalan pada sidang media.
AWIE menjawab soalan pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia