Harian Metro

Nikmati khazanah alam secara realiti

-

matahari terbenam.

“Malah, mereka turut berpeluang menyaksika­n nelayan dan pemancing menangkap udang galah yang saiznya boleh dikatakan lebih besar daripada tapak tangan,” katanya.

Aziz mengakui pengunjung juga pasti tidak melepaskan peluang menikmati keindahan kelipkelip di sepanjang sungai terbabit.

“Lebih menarik, unggas ini tidak hilang walaupun kedengaran deruman enjin bot atau menghampir­inya. Ini antara detik yang dinantikan pengunjung disebabkan situasi sebegitu sukar ditemui di tempat lain,” katanya.

Malah, pihaknya turut menyediaka­n pakej tertentu dan setiap satu bot dikenakan bayaran RM250 yang boleh memuatkan hingga enam penumpang.

“Mereka dibawa menyusuri sungai ini selama tiga jam pergi dan balik.

Bagi kaki pancing pula, disediakan bot untuk empat orang bersama seorang jurupandu. Jika pemancing mahu melakukan aktiviti lebih bebas, mereka boleh menyewa bot dan memandu sendiri dengan kadar sewa RM150 untuk 12 jam,” katanya.

Dalam usaha menjaga habitat itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) memperuntu­kkan RM2.4 juta untuk menjalanka­n kajian supaya kelip-kelip di situ tidak pupus.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, kajian itu meliputi kawasan Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan; Kampung Yak

Yah, Kemaman, Terengganu dan Kampung Dew, Taiping, Perak.

“Kajian itu bagi mengenal pasti populasi kelip-kelip, serangga yang hidup bersama, mutu air, tahap pencemaran, kesan perubahan guna tanah terhadap kelip-kelip dan sebagainya.

“Hasil kajian diserahkan kepada pengurusan tertinggi TNB sebelum dihantar kepada kerajaan negeri untuk tindakan bersama menjaga kehidupan ini.

“Apa yang penting kita mahu masyarakat setempat dapat meningkatk­an sosioekono­mi mereka dengan adanya produk pelanconga­n ini di samping mengekalka­n serta menambah baik ‘kehidupan’ serangga berkenaan,” katanya.

 ?? FOTO ?? PEMANDANGA­N senja di sungai yang menarik untuk dirakam.
FOTO PEMANDANGA­N senja di sungai yang menarik untuk dirakam.
 ??  ?? BUAYA juga boleh dilihat di kawasan sekitar pada sebelah malam.
BUAYA juga boleh dilihat di kawasan sekitar pada sebelah malam.
 ??  ?? NELAYAN yang mencari rezeki di sekitar sungai.
NELAYAN yang mencari rezeki di sekitar sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia