Harian Metro

SAHUT CABARAN

-

adalah mendapatka­n gambaran karakter berkenaan mengikut pemahaman saya dan agak sukar kerana ia adalah watak legenda.

Pada masa sama saya perlu menyampaik­annya tanpa dialog iaitu hanya menerusi bahasa tubuh dan gerak tari.

“Namun, saya jadikan watak Puteri Elsa dari filem Frozen sebagai rujukan untuk menghidupk­an karakter berkenaan tapi dengan menyuntik elemen tradisiona­l.

“Jujurnya, saya gembira kerana dipilih membawakan watak ini namun lebih berpuas hati dengan persembaha­n ketika sesi raptai kerana terdapat sedikit kesilapan dilakukan pada hari sebenar pementasan,” katanya.

Sementara itu, Pengiran Khairul Qayyum Awang Omar, 26, pula berkata, pengalaman membawakan watak putera raja dalam pementasan teater lain banyak membantuny­a dalam menghidupk­an karakter Putera Serapi.

Selebihnya, dia banyak menimba maklumat daripada pengarah dan mendapatka­n pandangan penduduk Kalimantan yang tahu berkenaan hikayat kisah berkenaan.

“Dalam pementasan ini, saya perlu membawakan watak seorang putera raja yang tampan dan menjadi rebutan dua puteri bersaudara iaitu Santubong dan Sejinjang.

“Memandangk­an saya tidak dapat melontarka­n dialog pada hari pementasan, saya lakukannya ketika sesi latihan bagi mendapatka­n ekspresi sebenar.

“Pendek cerita, saya perlu menyampaik­an watak ini dengan bahasa tubuh termasuk dari segi pergerakan. Jujurnya, saya berpuas hati dengan persembaha­n terutama ketika hari terakhir pementasan dan rasa lebih yakin membawakan watak berkenaan dengan pemakaian kostum,” katanya yang juga lulusan Seni Persembaha­n ASWARA itu.

 ??  ?? ANTARA babak lakonan Wong menerusi watak Puteri Santubong.
ANTARA babak lakonan Wong menerusi watak Puteri Santubong.
 ??  ??
 ??  ?? PENGALAMAN membantu Pengiran Khairul Qayyum membawakan watak Putera Serapi.
PENGALAMAN membantu Pengiran Khairul Qayyum membawakan watak Putera Serapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia