Harian Metro

Dulu takut air

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Ketakutan sering membataska­n manusia untuk melakukan perkara baru, sekali gus menyekat potensi dan kualiti sebenar yang hakikatnya dilahir bersama-sama diri kita.

Jika Adam Peaty membiarkan dirinya dibelenggu ketakutan untuk berada di dalam air, pasti namanya tidak segah mahupun meniti bibir masyarakat global pada hari ini.

Bagi peminat sukan renang, nama pemuda berusia 24 tahun itu bukanlah asing berikutan kejayaanny­a memegang dua rekod dunia dalam gaya kuak lentang 50 dan 100 meter (m) hingga kini.

Bagi gaya kuak lentang 50m, Adam berjaya menamatkan renangan dengan catatan masa, 25.95 saat di World Swimming Championsh­ips 2017 di Hungary.

Dia mencatatka­n masa 57.10 saat ketika menyempurn­akan acara renang gaya kuak lentang 100 meter di European Swimming Championsh­ip 2018 di United Kingdom.

Mewakili Britain bagi Sukan Olimpik, FINA World Aquatics Championsh­ips dan European Swimming Championsh­ips manakala menggalas nama England dalam Sukan Komanwel, tidak siapa menyangka kanakkanak yang mengalami masalah ketakutan terhadap air ini megah di arena kolam renang.

“Sebenarnya sejak kecil saya mempunyai masalah takut untuk berada di dalam air bahkan tidak suka masuk ke tandas.

“Ketakutan ini bermula apabila abang sering menakut-nakutkan saya dengan gurauannya mengenai ikan jerung akan keluar daripada lubang paip.

“Namun ketakutan ini berjaya diatasi apabila saya mengikuti teman mandi di kolam renang dalam satu percutian.

“Menyusuri sejarah pembabitan dalam sukan kolam renang ini, saya menyertai kelab renang

Dove Valley, Uttoxeter ketika berusia sembilan tahun dan kerap memenangi pertanding­an pertama pada umur 12 tahun,” katanya.

Pemuda dengan ketinggian 191 sentimeter ini kemudian mengikuti saranan teman baik untuk menyertai kelab renang City of Derby di bawah kendalian jurulatih yang juga perenang Olimpik, Melanie Marshall ketika berusia 14 tahun.

Namun jurulatih berkenaan tidak terlalu kagum dengan persembaha­n renang gaya bebas dilakukan Adam, oleh itu meletakkan­nya bersama-sama perenang kanak-kanak perempuan yang jauh lebih muda di lorong paling perlahan.

Meskipun tidak menyerlah dengan renangan gaya bebas, Melanie menyedari keunikan dimiliki Adam sebaik menyaksika­n anak muda itu melakukan gaya kuak lentang.

Cerita anak bongsu daripada empat beradik ini, dia tidak pernah memikirkan masa depan yang cemerlang dalam sukan renang sehingga usianya mencecah 17 tahun.

Khabar mengenai kejayaan perenang muda berpotensi besar berasal dari Scotland, Craig Benson, yang juga temannya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bagi sukan renang gaya kuak lentang 100m sempena Sukan Olimpik London 2012 membuatkan dirinya tersedar matlamat hidup ingin dikecapi.

Disifatkan perenang gaya kuak lentang paling berjaya di Britain, Adam mampu mendabik dada dengan pilihan dibuatnya apabila menjadi satu-satunya perenang Britain yang memenangi pingat emas dalam keempat-empat acara renang berprestij dunia.

Kemenangan pingat emas dalam sukan renang gaya kuak lentang 100m pada Sukan Olimpik Rio

2016 mencatatka­n sejarah besar apabila Adam berjaya mengakhiri penantian Britain selama 24 tahun bagi acara berkenaan.

Menariknya mengenai Adam, dia bukan saja berjaya memecahkan rekod dunia dipegang perenang profesiona­l lain sebelum ini bahkan masa catatannya sendiri.

 ?? FOTO ?? BERJAYA memecah rekod dunia beberapa kali.
FOTO BERJAYA memecah rekod dunia beberapa kali.
 ??  ?? MENGALAMI ketakutan terhadap air pada masa kecil.
MENGALAMI ketakutan terhadap air pada masa kecil.
 ??  ?? PEMEGANG rekod dunia bagi acara renang gaya kuak lentang.
PEMEGANG rekod dunia bagi acara renang gaya kuak lentang.
 ??  ?? BERJAYA atasi ketakutan.
BERJAYA atasi ketakutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia