Harian Metro

Nilai sendiri kesusahan golongan sasar

- DARI MUKA H47

Bagi Zaharah Raishan kelompok susah bukanlah asnaf semata-mata

“Sebenarnya, dulu saya pernah berkhidmat sebagai pengurus besar di sebuah anak syarikat milik Johor Corporatio­n. Kemudian, saya berhenti dan melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana.

“Belum pun tamat pengajian, saya sudah memikirkan perancanga­n seterusnya. Saya mula mencari apa yang boleh dilakukan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Kebetulan saya terbaca berkenaan konsep ‘free market’ dan akhirnya menyertai Free Market Johor yang diasaskan seorang kenalan,” katanya.

Menurut Zaharah Raishan, banyak dugaan dan kesukaran dihadapi ketika mula berjinak-jinak dengan dunia kebajikan berikutan tiada pengalaman mengutip dan menguruska­n sumbangan. Namun, semua pengalaman itu kekal menjadi kenangan paling berharga dalam hidup.

“Saya bertatih sejak penghujung 2015. Kemudian pengasas Free Market Johor berpindah ke utara tanah air. Berbekalka­n semangat dan minat mendalam, saya gagahkan diri untuk mengetuai badan amal ini dengan sokongan ramai sukarelawa­n.

“Kami adakan kumpulan perbincang­an menggunaka­n aplikasi WhatsApp dan sentiasa mengemas kini sumbangan yang diterima daripada mana-mana pihak.

“Alhamdulil­lah, hari ini kami semakin dikenali. Banyak aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarak­atan kita jalankan secara bersama. Untuk diri saya, selain bergerak seiring sukarelawa­n lain, saya juga mengatur banyak inisiatif kebajikan sendiri.

“Saya percaya, ada ramai orang yang tersepit dalam hidup dan mereka memerlukan pendekatan berbeza untuk dibantu, khususnya membabitka­n golongan miskin bandar dan mualaf,” katanya.

Kata Zaharah Raishan, lebih senang melihat setiap individu daripada perspektif berbeza. Kelompok susah baginya bukanlah asnaf semata-mata. Di bandar besar, ada banyak keluarga bergelut meneruskan kehidupan seharian. Mereka memen- dam rasa kerana tidak ramai yang cuba memahami.

“Sebilangan mereka hilang tempat mengadu dan takut untuk tampil ke depan kerana bimbang dengan pandangan masyarakat setempat. Keadaan itulah mendorong saya untuk melihat sendiri kehidupan di kawasan flat, kampung dan celah bandar.

“Saya akan pergi untuk mendapatka­n maklumat berkenaan taraf hidup masyarakat di kawasan berkenaan, menilai sendiri berapa banyak keluarga yang perlu diberikan perhatian dan menyelami nasib anak di sana.

“Berdasarka­n maklumat ketua penduduk, kami akan uar-uarkan kutipan sumbangan menerusi platform media sosial. Hasilnya nanti, kita akan beli dan bawa barang keperluan ke lokasi dikenal pasti sebelum diagihkan kepada yang memerlukan,” katanya.

Ironinya, kata Zaharah Raishan, ada penduduk bandar dengan gaji mencecah RM3,000 pernah tersenarai dalam kalangan keluarga yang perlu dibantu. Mereka ini tersepit di celah jurang kemiskinan selain faktor tanggungan ramai.

“Kadang-kadang, bila saya berkunjung ke rumah flat, ada yang ‘menyumbat’ lebih 10 orang. Anak mereka berkeliara­n sekitar kawasan perumahan. Ada yang melihat ibu bapa sendiri mengambil dadah di tepi tangga, minum arak dan berjudi.

“Ada juga yang lebih malang apabila dirogol saudara sendiri. Daifnya mereka bukan dari sudut mengatur hidup saja, tetapi segalagala­nya. Untuk diri saya, memadai jika pertolonga­n yang dihulur bersambut dengan senyuman dan ucap terima kasih.

“Banyak kelompok sebegini saya bantu secara

 ??  ?? Memang kadang-kadang ada sekolah yang menolak kerana bimbang wujud pengaruh politik. Tapi Free Market Johor adalah badan amal berkecuali
Memang kadang-kadang ada sekolah yang menolak kerana bimbang wujud pengaruh politik. Tapi Free Market Johor adalah badan amal berkecuali
 ??  ?? AGIHAN barang kelengkapa­n dapur
untuk komuniti setempat terpilih.
AGIHAN barang kelengkapa­n dapur untuk komuniti setempat terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia