Harian Metro

Bina kumpulan sukarelawa­n berkualiti

- DARI MUKA H47

Ahli terawal MISI7 ialah sukarelawa­n terbabit bantu mangsa

banjir besar di Kelantan awal 2015

“Setiap kali menyantuni orang susah, kami akan ikut perkembang­an mereka. Konsep ini menjadikan kami lebih fokus dalam misi bantuan, sekali gus menyelesai­kan masalah mereka untuk jangka panjang. Selepas itu, barulah kami cari penerima baru,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Khairul berkata, sebenarnya dia seorang daripada pengasas MISI7. Badan amal itu ditunjangi lapan exco dan kini mempunyai 767 sukarelawa­n berdaftar dari seluruh negara.

“Objektif penubuhan kami adalah untuk mengumpulk­an sukarelawa­n daripada pelbagai latar belakang. Kami mahu membina kumpulan sukarelawa­n berkualiti dari segi pengetahua­n dan kemahiran dalam membantu misi kemanusiaa­n yang dirancang.

“Selain melakukan kerja amal, menyempurn­akan misi dan menabur bakti kepada kelompok memerlukan, kami juga kerap mengadakan program untuk mengumpul serta membina asas jaringan di antara sukarelawa­n.

“Kami mahu terus berkhidmat, memberi bantuan pendidikan kepada golongan asnaf, menghulurk­an tangan kepada mangsa bencana serta memperkasa golongan belia untuk menyantuni mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Kata Mohd Khairul, menariknya mengenai ahli terawal MISI7, mereka terdiri daripada barisan sukarelawa­n yang turun menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir besar di Kelantan pada awal 2015.

“Ketika Kelantan ditimpa musibah, ada badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak melancarka­n 14 misi bantuan banjir di sana. Bagaimanap­un, kelompok sukarelawa­n

Misi Ketujuh yang mengendali­kan bantuan banjir berkenaan mengambil inisiatif mengekalka­n pasukan dan kami terus melakukan pelbagai aktiviti kemanusiaa­n.

“Jadi, nama MISI7 ini adalah simbolik kepada pertemuan yang menyatukan sukarelawa­n dalam khidmat bantuan kemanusiaa­n. Kami berpegang kepada slogan rasmi, ‘Unite for Humanity’ (Bersatu untuk Kemanusiaa­n) yang menggambar­kan perbezaan latar belakang sukarelawa­n, tetapi bersatu demi mencapai matlamat dan tujuan sama iaitu menyumbang kepada khidmat kemanusiaa­n,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA anak pesantren Hidayatull­ah Putri.
BERSAMA anak pesantren Hidayatull­ah Putri.
 ??  ?? KUNJUNGI keluarga bersama sumbangan.
KUNJUNGI keluarga bersama sumbangan.
 ??  ?? MELAYAN anak istimewa.
MELAYAN anak istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia