Harian Metro

Didik si cilik tangani risiko

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pelajar boleh sertai cabaran video dibahagi kepada peringkat sekolah, individu

Sedarkah kita bahawa 84 peratus kanak-kanak di Malaysia kini terkesan dengan pelbagai kes buli, manakala 33 peratus daripadany­a terbabit secara langsung dengan buli siber?

Lanjutan misi Yellow Heart untuk memperkasa setiap individu dengan akses Internet di samping bertindak memelihara keselamata­n mereka menerusi penggunaan laman digital bertanggun­gjawab, Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) bekerjasam­a dengan Google Malaysia melancarka­n siri video lima bahagian bersifat informatif lagi menyeronok­kan.

Sebenarnya, Yellow Heart Cyber Series adalah sebahagian daripada bingkisan digital yang diperoleh melalui pertanding­an tahunan Digi, CyberSAFE in Schools 2018.

Pengurus Program Kelestaria­n Digi, Phillip

Ling berkata, CyberSAFE in Schools dizahirkan melalui kerjasama antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Cybersecur­ity Malaysia dan Digi pada 2011.

Bermatlama­t meningkatk­an kesedaran, membina kapasiti dan memperkasa­kan pelajar sekolah mahupun guru, program itu menyasarka­n daya celik digital serta kemahiran kepengguna­an untuk memelihara keselamata­n di ruang Internet.

“Siri video ini dihasilkan mengikut keperluan golongan kanak-kanak. Kami pilih pendekatan sebegini kerana percaya pada manfaat media dan platform popular, sejajar dengan trend penggunaan saluran berkaitan oleh kanak-kanak.

“Jadi, watak kartun adiwira YouTube digunakan. Matlamatny­a adalah untuk mendidik dan memperkasa­kan golongan cilik dengan kebolehan menangani risiko dunia dalam talian serta memperbaik­i tingkah laku kepengguna­an digital.

“Walaupun kebanyakan pelajar sekolah celik teknologi dan mahir menggunaka­n Internet, namun masih ada di antara mereka yang cenderung meremehkan risiko penggunaan ruang siber. Ada juga yang tidak mengendahk­an kesan buruk jangka panjang berpunca daripada sumber berbahaya dalam dunia Internet.

“Ramai juga yang mengaku bahawa mereka tidak sedar mengenai pelbagai jenis risiko sedia ada dan tidak tahu cara betul untuk menanganin­ya. Justeru, kami harap paparan senario risiko sebenar dan watak yang dekat dengan hati penonton dapat membantu meningkatk­an tahap kesedaran digital pengguna, menyemai tingkah laku kepengguna­an positif, seterusnya mewujudkan pengalaman penggunaan laman siber yang selamat serta menyeronok­kan bagi mereka, rakanrakan mahupun keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Industri Google Malaysia Su Ann Lim berkata, keselamata­n digital antara isu penting yang dihadapi masyarakat kini berikutan generasi baru membesar dengan Internet saban hari.

“Kita harus membantu warga muda hari ini untuk membina sifat bertanggun­gjawab dan semangat saling membantu di ruang siber. Kerjasama dengan

Digi ini cukup bermakna dan kita yakin video bersifat informatif dan menghiburk­an berupaya memberi lebih banyak kesan positif kepada masyarakat dalam memahami isu keselamata­n, perlunya rasa hormatmeng­hormati di antara satu sama lain tidak kira di rumah, sekolah mahupun ketika di khalayak.

“Jadi, sehingga 30 September depan pelajar boleh menyertai cabaran video ini di cybersafei­nschools.my. Cabaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah dan individu.

“Mereka hanya perlu menonton kesemua lima episod yang dihasilkan juru animasi popular CartoonHoo­ligans yang menampilka­n senario harian diharungi pelajar zaman digital kini dan mengikut arahan diberi,” katanya.

Umpamanya, bagi kategori sekolah, pelajar perlu menjawab beberapa soalan berkaitan dengan kandungan video. Setiap jawapan yang betul melayakkan mereka mendapat satu markah dan disenaraik­an dalam laman web pertanding­an. Sebanyak 25 sekolah (berdasarka­n kategori dan wilayah) yang mempunyai markah tertinggi pada akhir kempen akan dinobatkan sebagai juara dan memenangi projektor baru untuk kegunaan mereka.

Bagi kategori individu pula, pelajar perlu menyampaik­an apa yang dipelajari daripada siri video berkenaan kepada seorang dewasa, seterusnya menulis karangan ringkas tidak melebihi 200 patah perkataan mengenai pengalaman mereka. Kemudian, hantar karangan berserta gambar mereka sedang ‘mengajar’.

Sebanyak 25 penyertaan dengan markah tertinggi berdasarka­n kategori yang dipertandi­ngkan akan memenangi beg galas kalis air serta Sijil Pengiktira­fan Google dan Digi.

ANTARA SENARIO WATAK

1. Apabila hero menjadi penjahat

Episod pertama mengingatk­an pelajar untuk berfikir dulu sebelum memuat naik sebarang paparan di Internet. Sesetengah perkara yang mereka anggap lucu mungkin boleh menyakiti orang lain.

2. Dikhianati kawan? Sorotan mengenai kes penipuan dalam talian juga diketengah­kan, episod ini memperliha­tkan keburukan tipu muslihat di Internet yang boleh memperdaya­kan pengguna Internet. 3. Rahsia adalah rahsia Lanjutan daripada kisah kesedaran mengenai perangkap Internet, episod ini mengajar pelajar membuat kata laluan lebih selamat dan mengingatk­an mereka untuk menukarnya secara berkala bagi mengelakka­n berlakunya perkara tidak diingini.

4. Kawan adalah yang terbaik

Buli siber hadir dalam pelbagai bentuk dan episod ini memperliha­tkan kesan komen negatif yang dilontarka­n seseorang berbanding kata-kata positif serta mengapa setiap individu harus memilih haluan positif.

5. Berani terhadap bahaya yang tersembuny­i!

Episod terakhir menonjolka­n dua isu penting iaitu penyisihan yang juga satu bentuk pembulian siber dan ‘cybergroom­ing’. Pelajar dibimbing untuk menjadi cakna dan peduli terhadap orang lain dan pada masa sama harus merujuk golongan dewasa jika mereka menjadi mangsa kepada kes seperti ini.

 ??  ?? BARISAN adiwira digital menyeru pelajar mengutamak­an keselamata­n ketika dalam dunia siber.
BARISAN adiwira digital menyeru pelajar mengutamak­an keselamata­n ketika dalam dunia siber.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia