Harian Metro

Kempen sarapan sihat teramai

-

Komited meneruskan matlamat menjadikan dunia lebih sihat dan ceria, syarikat nutrisi perdana global Herbalife Nutrition baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records kerana mempunyai penyokong sarapan teramai di pelbagai lokasi dalam satu hari melalui Kempen Sarapan Berkhasiat.

Seramai 1,149 ahli yang berkhidmat sebagai penyokong atau ‘Advocates’ ditempatka­n di 185 lokasi seluruh Malaysia untuk mempromosi­kan konsep sarapan yang sihat.

Acara yang berlangsun­g pada 14 Julai lalu padat dengan pengisian menarik di setiap lokasi. Orang ramai juga diberi pendedahan mengenai jenis makanan berkhasiat diperlukan bagi mengekalka­n berat badan ideal untuk menikmati kehidupan sihat dan ceria dalam jangka masa panjang.

Melengkapi acara, anggota penyokong juga mengagihka­n sampel minuman campuran protein jenama itu kepada orang ramai.

Menurut Pengarah Urusan merangkap Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia Steven Chin, acara berkenaan adalah sebahagian aktiviti susulan hasil Kaji Selidik Sarapan Sihat Asia Pasifik Herbalife Nutrition yang diadakan pada Februari lalu.

Ia membabitka­n lebih 5,500 responden di 11 pasaran termasuk 500 rakyat Malaysia. Hasil kaji selidik mendedahka­n rakyat Malaysia gemar mengambil makanan sarat dengan karbohidra­t dan lemak ketika bersarapan, bukan protein seperti yang disarankan.

“Kami komited mencapai visi untuk menjadikan masyarakat lebih sihat dan ceria melalui produk pemakanan sains hasil inovasi serta ciptaan saintis berpengeta­huan.

“Adalah sukar untuk kami mencapai rekod ini tanpa sokongan ahli yang berminat menjadi ejen perubahan dan membantu mengubah cara pemakanan komuniti setempat mereka ke arah yang lebih sihat.

“Oleh itu, kami berharap kempen ini mampu menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia mengamalka­n gaya hidup sihat melalui pengambila­n sarapan pagi berkhasiat,” katanya.

Menurut falsafah Herbalife Nutrition, pengambila­n kalori bagi setiap pemakanan hendaklah terdiri daripada 40 peratus karbohidra­t, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak, bersama 25 gram serat dan lapan gelas air minuman sehari. Ia bertujuan menggalakk­an kesejahter­aan menyeluruh. Dilengkapi dengan pengetahua­n terhadap kombinasi optimum ini, rakyat Malaysia dijangka membuat pilihan makanan lebih baik, seterusnya menikmati kehidupan lebih sihat dan bahagia.

 ??  ?? CHIN bersama sijil diperoleh.
CHIN bersama sijil diperoleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia