Harian Metro

Gagal hadir promosi drama

-

Sejak ada nama dan dikenali ramai, mulalah nak buat hal dan menyusahka­n pelbagai pihak termasuk penerbit dan pengarah yang sudah beri kepercayaa­n terhadapny­a.

Inilah senario yang berlaku membabitka­n seorang pelakon lelaki berbakat besar namun pada masa sama sentiasa penuh dengan cerita kontrovers­i.

Kisahnya pelakon ini membintang­i sebuah cerita menarik berlatar era Perang Dunia Kedua yang ditayangka­n di sebuah stesen TV baru-baru ini.

Daripada aspek lakonan dan komitmen ketika penggambar­an, memang wajarlah dia dipuji kerana apa yang ditampilka­n sangat berkualiti dan bagus.

Bagaimanap­un satu perkara yang membuatkan penerbit dan produksi terkilan ialah kegagalan artis ini hadir pada sidang media bagi mempromosi­kan karya itu.

Daripada awal sidang media sehinggala­h majlis berakhir, batang hidungnya langsung tak kelihatan.

Apabila dihubungi kakitangan produksi, jawapan mudah diberikan iaitu terikat dengan kerja lain sedangkan pemberitah­uan berkenaan program ini sudah lama dibuat.

Ini satu masalah juga. SS pernah dengar satu syarikat besar pernah sekat pembayaran penuh untuk pelakon filem terbitan mereka. Apabila mereka hadir ke promosi filem, barulah ia dilunaskan. Wajarlah cara ini jadi ikutan syarikat penerbitan lain.

SS: Sudah lali berdepan dengan artis yang bersikap buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia