Harian Metro

‘Anwar bukan raja’

- Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

„ Ahli Parlimen Rembau mahu BN letak calon cabar Ketua Umum PKR di Port Dickson

UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon untuk berdepan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Kuala Lumpur: Tempoh 10 hari adalah masa kempen paling ideal bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi mengelakka­n pengundi bosan, sekali gus menjejaska­n peratusan keluar mengundi pada hari pengundian.

Bekas Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau percaya SPR lebih bijaksana dalam menentukan tarikh penting berdasarka­n pengalaman pada tiga PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong dua bulan lalu.

“Idealnya (paling sesuai) saya syorkan kempen sekitar 10 hari dan hari pengundian sebelum 15 Oktober yang juga hari pertama mesyuarat kedua Dewan Rakyat bermula.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun kerusi Parlimen berkenaan sukar dimenangi, cabaran tetap perlu diberikan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“UMNO-BN perlu bertanding. Port Dickson bukan kerusi mudah dimenangi tetapi kita perlu menentang politik yang memalukan ini,” katanya menerusi status dimuat naik di akaun Twitter rasminya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut menyindir bahawa Anwar bukan raja untuk ditabalkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson.

“Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sebelum ini berkata, pembangkan­g tidak perlu meletakkan calon dan memberi laluan kepada Anwar supaya tiada pertanding­an pada PRK Parlimen Port Dickson.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa juga dilaporkan berkata, parti itu belum ada kata putus sama ada meletakkan calonnya pada PRK berkenaan dan perkara itu dibincangk­an pada mesyuarat parti 24 September ini.

Dalam pada itu, Khairy membidas mana-mana ahli UMNO yang yang menyatakan sokongan dan mahu berkempen untuk Anwar pada pilihan raya berkenaan.

“Tata etika parti jelas, kalau kempen untuk parti lawan, kena buang dari UMNO. Itu bukan lagi meraikan perbezaan pendapat. Itu mengkhiana­ti parti,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata sedia berkempen untuk Anwar pada pilihan raya berkenaan, malah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, perkara itu tidak menjadi masalah bagi meraikan perbezaan pendapat.

 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY
 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia