Harian Metro

Tempoh kempen 10 hari elak pengundi hilang ghairah

-

“Kalau tidak boleh, PRK dalam masa Dewan Rakyat bersidang pun tak mengapa sebab saya ada buat begitu, tapi ini menyusahka­n wakil rakyat memenuhi masa berkempen,” katanya, di sini, semalam.

Jelasnya, dalam menentukan tarikh mengundi, SPR juga tertakluk kepada undang-undang pilihan raya, yang mana penamaan calon hanya boleh dibuat empat hari selepas tarikh notis dikeluarka­n, sementara pembuangan undi berjalan sekurang-kurangnya tujuh hari selepas hari penamaan calon.

Ditanya mengenai ramalan penganalis­is kemungkina­n penamaan calon diadakan pada 22 atau 23 September dan tarikh mengundi jatuh pada 7 Oktober dengan tempoh kempen 15 hari, Abdul Aziz berkata, ia sekadar ramalan.

“Itu ramalan dan kalau tepat kebetulan saja, terpulang kepada kebijaksan­aan SPR tanpa dipengaruh­i sesiapa dalam menentukan tempoh kempen, tarikh undi awal dan undi biasa.

“Saya nasihat pengundi menunaikan tanggungja­wab mereka untuk memilih wakil rakyat dan parti politik seperti ditetapkan undang-undang,” katanya.

PRK Port Dickson diadakan susulan pengumuman Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongk­an kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia dalam usaha Pakatan Harapan (PH) mengangkat bakal Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri Ke-8. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak menolak kemungkina­n wujud gabungan baharu membabitka­n parti itu, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah dengan PKR bagi membentuk Pakatan Malaysia menggantik­an Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku dengan berbekalka­n formula betul dan utuh, mampu membentuk gabungan politik yang berupaya memberi tentangan hebat kepada PH.

“Malaysia waktu ini dicorakkan oleh

one political coalition against a myriad of political parties.

Maknanya, semua parti politik ada pengaruh dan kepentinga­n strategik sendiri dalam pembentuka­n kerajaan. Setiap satu harus strategik dan terbuka dalam menentukan survival.

“Tidak mustahil UMNO, PAS, MIC, MCA,

GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu

Sabah bergabung bersama PKR dan menubuhkan sebuah gabungan baharu

Pakatan Malaysia, bukan lagi Pakatan Harapan,” katanya menerusi warkah untuk Presiden Parti Pribumi Bersatu

Malaysia

(BER- SATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri itu yang mendakwa UMNO sudah musnah dan kerana itu BERSATU ditubuhkan.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, UMNO masih parti terbesar di Parlimen dan mendapat kepercayaa­n sebahagian besar orang Melayu.

“UMNO jauh lebih dominan, kuat dan berpengaru­h berbanding BERSATU walaupun sokongan terhadapny­a nyata semakin susut. Cercalah. Perlilah. Katakanlah apa jua, insya-Allah kami akan terus menghidupk­an UMNO. Kerana bagi kami, UMNO bukan sekadar sebuah parti,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Khaled
MOHAMED Khaled

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia