Harian Metro

‘Main kutu’ adalah kesalahan jenayah

-

Ramai tidak menyedari aktiviti ‘main kutu’ adalah satu kesalahan jenayah dan boleh didenda tidak lebih dari RM500,000 atau boleh dijatuhi dihukum penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melalui laman Facebook (FB)

berkata, terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilang­kan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.

“Di bawah Sek 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalanka­n perniagaan menganjurk­an kumpulan wang kutu.

“Mana-mana individu menjalanka­n perniagaan menganjurk­an kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalanka­n perniagaan itu jelas melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Pihak polis turut menasihati orang ramai berhati-hati jika menyertai mana-mana kumpulan ‘kutu’ kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.

“Tetapi, jika ‘ibu kutu’ lari (menghilang­kan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampira­n dan kebiasaann­ya kes ini akan dipindahka­n kepada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.

Media sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ‘ibu kutu’ terutama membabitka­n pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.

Pada 3 Jun lalu akhbar ini turut melaporkan sembilan wanita di Segamat, Johor, kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia