Harian Metro

PPIM jumpa keluarga pasangan remaja terlanjur

-

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua keluarga remaja lelaki dan perempuan yang hampir kehilangan bayi mereka selepas diletakkan di sebuah pusat jagaan pada 25 Ogos lalu dalam masa terdekat.

Ketua Biro Wanitanya Suraya Ali berkata, pertemuan itu adalah susulan kesediaan mereka untuk berkahwin.

Beliau berkata, mereka perlu diberikan penjelasan daripada sudut perundanga­n berhubung situasi bakal dihadapi sebelum berumah tangga.

Menurutnya, pertemuan itu juga perlu bagi mengelakka­n daripada timbul sebarang isu berbangkit terutama selepas berkahwin.

“Sekarang ini ibu terbabit dan bayinya diletakkan di sebuah pusat jagaan di Negeri Sembilan.

“Kami juga meminta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat melihat semula isu ini kerana ia akan menjadi contoh kepada kes lain.

“Sebelum ini sudah banyak kes anak tidak sah taraf dilaporkan berlaku tetapi ditinggalk­an untuk dijaga orang lain.

“Tetapi dalam kes ini, kedua-dua remaja berkenaan setuju untuk berkahwin dan mahu jaga bayi mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar ini Khamis lalu melaporkan bapa bayi berkenaan mengesahka­n dia dan teman wanitanya akan berkahwin dalam waktu terdekat selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua pihak.

Dia sedia mengambil tanggungja­wab itu untuk menebus kesalahann­ya.

Suraya berkata, pihaknya juga bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada kedua-dua remaja terbabit namun fokus yang menjadi keutamaan sekarang adalah restu daripada kedua-dua keluarga.

“Kena juga bincangkan mengenai masa depan mereka dan bayi berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia