Harian Metro

Atur belanja transaksi tanpa tunai

-

Orang ramai dinasihatk­an lebih berdisipli­n mengawal perbelanja­an masing-masing terutama ketika transaksi tanpa tunai bagi memastikan pengurusan kewangan mereka berjalan dengan lancar.

Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM), Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, langkah itu penting kerana jika tidak dikawal, ia menyumbang ketirisan pengurusan kewangan.

“Transaksi tanpa tunai jelas menunjukka­n peningkata­n berdasarka­n statistik terkini Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 dengan jumlah kad debit meningkat enam kali ganda.

“Situasi ini baik untuk negara cuma kewujudan pelbagai platform beli-belah atas talian dan promosi jualan agresif di media elektronik menarik lebih ramai individu melakukan transaksi pembelian tanpa tunai, sekali gus mengundang kepada risiko perbelanja­an tidak terkawal,” katanya, semalam.

Kuala Lumpur: Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (Kowaja) komited menjadi penyedia pembiayaan peribadi yang membantu anggotanya bebas hutang haram, sekali gus meluaskan perkhidmat­annya kepada kakitangan swasta.

Setiap tahun Kowaja menyalurka­n kira-kira RM10 juta pembiayaan kepada anggota yang layak.

Setiausaha Kowaja, Mohd Faizal Abdullah berkata, Kowaja sebelum ini hanya menawarkan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.

Katanya, Kowaja memfokus membantu meringanka­n beban anggota supaya tidak membuat pinjaman kepada along yang membabitka­n faedah tinggi dan menekan peminjam.

“Matlamat utama Kowaja bukan saja menyediaka­n pembiayaan peribadi, bahkan memberi khidmat nasihat dalam menangani masalah kewangan anggota.

 ??  ?? Kowaja memberi khidmat nasihat dari semasa ke semasa supaya ahli tidak terjerat dalam budaya hutang haram”
Kowaja memberi khidmat nasihat dari semasa ke semasa supaya ahli tidak terjerat dalam budaya hutang haram”
 ??  ?? TRANSAKSI tanpa tunai semakin mendapat sambutan orang ramai.
TRANSAKSI tanpa tunai semakin mendapat sambutan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia